Monday, March 30, 2009

Perkembangan si comel pada minggu ke 11 - ke 14

ni aku nak share dpt dr web Dr. hamidarshat.com menarik seme topik yg d bincangkan dlm forum.. aku leh paham bykmende la sbb bahasa melayu.. bila bahasa omputih aku x bape paham istilah2 saintifiknye.. tambahan lak aku ni mmg x bape nak pandai ckp omputih ekekekek..

mgu ni dh nak masuk minggu ke 14.. berharap sgt bb dlm perot ni n aku sihat sokmo.. muntah2 dh makin kurang.. tp mlm td smp ke pagi ni muntah blk huhuhu.. ni cuti la ni.. x larat.. tghari ni dh ok skit.. dlm sebulan mesti ade sehari aku akan lembik.. dugaan..moga aku kuat utk tempuh hari2 yg mendatang... :) utk si bb comel dlm perot ni ha... hubby lak skrg makin kerap ckp ntah ape2 ngan bb dlm perot ni.. siap bli kete mainan la.. aku pon x paham.. pastu soh bb main.. adehh.. poning palo den.. dh dia lak lebih2... ntah laki ke pompuan pon x tau... dia lak ckp laki.. ape2 jel a yg kua trima je.. :) akua se bb dlm perot ni lagi byk komunikasi ngan abah dia hehehe.. sbb nye aku ckp slow2 je dlm ati.. abah dia yg ske tunjuk2 ckp kuat2 ngan bb ni ha... dia dh declare soh pgl 'abah'.. aku x tau la.. ape2 je la.. hubby soh pgl 'ibu' ape2 je la syg... :) janji bb ni sihat..

ni skit perkembangan bb...
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.

Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.

Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.

Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.

Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.

amik dr cni lanjut...

btol la.. muka aku ni berminyak agak byk sejak akhir2 ni.. jerawat kecik dh naik.. ermmm.. ramai dh tego.. mak kata, sbb hormon tu.. xpe la.. janji bb sihat.. ibu jd mcm x bape nak cun ponx ape la hahahha.. dh la kain seme dh x leh kancing.. huwaaaa... proses pembesaran bentuk bdn si ibu berlaku seiring ngan pembesaran bb huhuhu...

2 comments:

nurulzia said...

hi dear..usia kandungan kite lebih kurang la kan...

roshda said...

a ah... sama jek.. moga2 kita berdua siaht n tabah hdaoi cabaran utk jd mummy 2 be ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...