Monday, March 8, 2010

Duta blogshop ibu

memperkenalkan..... model utk blogshop ibu Iman...
tara!!!!


iman sedang mengayakan baby tight.. RM 14

sempena umo iman smlm genap 5 bulan.. ibu lantik iman jd model rasmi blogshop ibu :D
meh la kwn2 singgah blogshop ibu iman.. de lagi byk koleksi baru.. tp x sempat nak update.. bz ngan iman ni ha... . insylh akan d update skit demi skit...

meh singgah : blogshop ibu iman

Thursday, March 4, 2010

Kedai buka semula

yuhuuu..

lama btol kedai ibu iman tutup sejak iman lahir.. dkt 5 bulan lbh gak asenye.. ni baru nak mula amik stock semula.. ade byk lagi stock yg dh order tp x sempat2 amik.. seronok lak asenye meniaga kali ni sbb iman dh de.. dlu asalnye nak biz saja suka2 sbb geram tgk bb nye collections :D

permulaan ni.. jual legging dlu.. cute legging ni.. iman dh pakai.. wpon agk longgar skit kt pinggang sbb sbenanye utk bb besa skit tp ibu iman x sabo nak pakaikn huahuahua.. tp cute.. pg td baru try x sempat lak amik gambo hehehe.. iman pon pelik tgk sua dia belang mcm bee..de lagi cotton tight tp x sempat amik gambo lagi.. tp dh laris kat opis ni kena serbu :D

meh la singgah kat cni : KOLEKSI IBU IMAN

Wednesday, March 3, 2010

Boleh makan apa saja

Salam,
ni nak share skit permasalahan yg slalu bermain d minda ibu-ibu yg fully bfeed anak2 mereka.. boleh ke mkn ni.. mkn itu.. kdg2 ase tersekat sbb x leh nk mkn makanan kegemaran la.. termasuk diri ni sendiri dulu pon riso nak mkn sebarangan sbb takut kesan kat Iman..

Persoalan yg sering bermain ni dh terjawab kt bwh ni.. di jawab oleh Pn. Rita (Pakar Laktasi) moga2 bleh menjadi rujukan utk semua :D

S: Betulkah andaian orang tua-tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut. Juga, benarkah jus buah-buahan seperti tembikai, mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa dan sejuk malah boleh menyebabkan bayi kembung perut?

Shuhaila Shamsuddin
Semenyih, Selangor

J: Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Anda mungkin banyak mendengar cerita orang tua tentang makanan yang tidak boleh dimakan ketika menyusukan bayi. Faktanya, anda boleh makan apa sahaja yang biasa dimakan tetapi pastikan ia diambil secara bersederhana dan seimbang. Jangan sesekali hadkan pemakanan melainkan makanan tersebut terbukti boleh menimbulkan masalah kepada bayi.

Jika bayi mengalami kembung perut selepas menyusu, selidik apa yang anda makan 4 - 6 jam sebelum itu. Makanan yang biasa mendatangkan masalah angin kepada bayi lazimnya adalah seperti kubis, kekacang dan brokoli. Antara makanan lain yang boleh menimbulkan masalah kepada bayi termasuklah kafein, bunga kubis, buah-buahan sitrus (oren, lemon), jagung, produk tenusu, (susu, keju, coklat), lada hitam, suplemen zat besi, ubat-ubatan tertentu, bawang, kacang tanah, makanan berempah, tomato dan gandum.

Harus diingatkan bahawa, biarpun makanan tersebut tersenarai dalam makanan yang boleh menimbulkan masalah, ia tidak bererti anda perlu mengelak semua makanan ini. Kajian telah membuktikan ibu yang memakan makanan berangin tidak akan menyebabkan bayinya mengalami masalah angin.

Sehingga kini, saya tidak mempunyai sebarang rujukan yang mengaitkan buah-buahan seperti tembikai, mangga atau nanas boleh menyebabkan kembung perut. Namun, jika anda mendapati bayi mengalami masalah selepas anda mengambil buah-buahan ini, cuba elakkan makanan ini untuk tempoh 1 - 2 minggu. Selepas tempoh itu, cuba ambil sekali lagi buah-buahan tersebut. Jika simptom timbul, elakkannya untuk tempoh 2 - 3 bulan. Jangan risau. Selepas beberapa bulan, anda boleh mengambilnya semula selepas bayi tidak lagi sensitif dan menunjukkan reaksi negatif terhadap buah-buahan ini.

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alahan, anda digalakkan untuk mengelak makanan berisiko tinggi seperti kekacang, susu lembu, telur, gandum, ikan dan buah-buahan sitrus. Walau bagaimanapun, tindakan mengelakkan makanan ini hanya perlu diubah jika bayi menunjukkan simptom alahan. Sebelum itu, dapatkan pandangan doktor jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap makanan tertentu.

Kesimpulannya, apa yang patut anda lakukan ialah makan apa sahaja yang diingini + bersederhana + berkhasiat = sihat. Anda tidak perlu mengikuti amalan pemakanan khusus cuma makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga.

Bolehkah makanan memberi kesan pada susu ibu?

1.Rasa: Rasa makanan dan rempah yang anda makan boleh dipindahkan ke susu ibu. Bayi biasanya suka dengan rasanya hingga menggalakkan dia menyusu untuk tempoh jangka panjang. Segelintir bayi akan menghisap lebih lama apabila rasa baru diperkenalkan. Rasa ini turut membantu bayi mengenali makanan keluarga di masa akan datang.

2.Warna: Warna sesetengah makanan boleh dipindahkan ke susu ibu. Sebagai contoh, pengambilan lobak merah yang banyak akan membuatkan susu berwarna kejinggaan, buah naga pula akan menimbulkan warna merah jambu dan sayuran hijau menyebabkan susu menjadi kehijauan.

Walau bagaimanapun, jangan risau! Kesan-kesan tersebut langsung tidak memudaratkan bayi anda.

sumber : Majalah Pa&Ma

Monday, March 1, 2010

Keletah Iman sepanjang 4 bulan

Lama x update gegambo Iman Muhaimin..
mgu ni ari ahad 7hb Iman genap 5 bln.. kejap je kn.. dari hari ke hari ade2 je keletah dia yg terbaru.. perkembangan iman ni agak cepat... (ni pd pendpt ibu iman la hehehe) dan dia makin lasak dan x tau diam.. yg terbaru.. smlm dia nye kegemaran adalah melompat-lompat.. bila org pgg dia.. dirikn dia.. dia akan melompat2 muahahahaha adeeehhh la.. makin riso ibu iman ni.. mcm ane la kalo dh dpt kaki ni..

meniarap dh laju dh 1 umah.. leh main luba2 meniarap dh :D

meh kita tgk keletah iman dlm masa umo dia menjangkau 4 bln nak ke 5 bulan..


dia dh mula nak merangkak.. dan kerap dh.. tp nak bergerak lom leh lagi.. tu sambil nak merangkak dia ske sembur2..


dh steady skit la nak merangkak

ni kegemaran dia.. berdiri sndiri org lepas pastu gelak2 ske sgt2.. adehh laa.. mcm dak besa..




x yah dh pakai walker la iman.. main kursi ikea maksu ni je la.. jd super iman!!


dia siap kayuh2 lagi.. x tau la berenang ke.. nak terbang ke.. ske btol dia siap gelak2.. gamb kabur sbb iman gerak2

nak tau dia buat ape masa ni??



tara... tgk berita.. gaya super iman.. rileks jek.. siap kayuh2 kaki..


jom pegi ngaji


mulut maintain.. pop yeh yeh...


tu la dia Iman Muhaimin.. mmg x bleh diam.. sgt2 aktif.. skrg ni tgh agak huru hara sbb gigi bwh dia dh nmpk.. dia x selesa.. kalo mlm2 cranky gak ar.. sian.. x leh nak wat pe.. dia akan gigit seme mende mcm geram.. last2 ibu pujuk dia bg susu ibu.. pastu tertdo.. sian anak ibu.. yela kita nak tumbuh gigi bongsu pon sakit n x selesa.. ni lagi la dak tecik kn.. saba ye syg..

smlm tgk dh tersembul skit gigi bwh dia sebatang.. tu yg lgi x selesa kot..

*de utang lagi crita klas n kempen bfeed.. nanti ujg mgu update ek.. ari keje x sempat..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...