Wednesday, March 3, 2010

Boleh makan apa saja

Salam,
ni nak share skit permasalahan yg slalu bermain d minda ibu-ibu yg fully bfeed anak2 mereka.. boleh ke mkn ni.. mkn itu.. kdg2 ase tersekat sbb x leh nk mkn makanan kegemaran la.. termasuk diri ni sendiri dulu pon riso nak mkn sebarangan sbb takut kesan kat Iman..

Persoalan yg sering bermain ni dh terjawab kt bwh ni.. di jawab oleh Pn. Rita (Pakar Laktasi) moga2 bleh menjadi rujukan utk semua :D

S: Betulkah andaian orang tua-tua bahawa ibu menyusukan tidak digalakkan minum air sejuk atau berais kerana boleh menyebabkan bayi kembung perut. Juga, benarkah jus buah-buahan seperti tembikai, mangga dan nanas tidak elok diminum kerana berbisa dan sejuk malah boleh menyebabkan bayi kembung perut?

Shuhaila Shamsuddin
Semenyih, Selangor

J: Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Anda mungkin banyak mendengar cerita orang tua tentang makanan yang tidak boleh dimakan ketika menyusukan bayi. Faktanya, anda boleh makan apa sahaja yang biasa dimakan tetapi pastikan ia diambil secara bersederhana dan seimbang. Jangan sesekali hadkan pemakanan melainkan makanan tersebut terbukti boleh menimbulkan masalah kepada bayi.

Jika bayi mengalami kembung perut selepas menyusu, selidik apa yang anda makan 4 - 6 jam sebelum itu. Makanan yang biasa mendatangkan masalah angin kepada bayi lazimnya adalah seperti kubis, kekacang dan brokoli. Antara makanan lain yang boleh menimbulkan masalah kepada bayi termasuklah kafein, bunga kubis, buah-buahan sitrus (oren, lemon), jagung, produk tenusu, (susu, keju, coklat), lada hitam, suplemen zat besi, ubat-ubatan tertentu, bawang, kacang tanah, makanan berempah, tomato dan gandum.

Harus diingatkan bahawa, biarpun makanan tersebut tersenarai dalam makanan yang boleh menimbulkan masalah, ia tidak bererti anda perlu mengelak semua makanan ini. Kajian telah membuktikan ibu yang memakan makanan berangin tidak akan menyebabkan bayinya mengalami masalah angin.

Sehingga kini, saya tidak mempunyai sebarang rujukan yang mengaitkan buah-buahan seperti tembikai, mangga atau nanas boleh menyebabkan kembung perut. Namun, jika anda mendapati bayi mengalami masalah selepas anda mengambil buah-buahan ini, cuba elakkan makanan ini untuk tempoh 1 - 2 minggu. Selepas tempoh itu, cuba ambil sekali lagi buah-buahan tersebut. Jika simptom timbul, elakkannya untuk tempoh 2 - 3 bulan. Jangan risau. Selepas beberapa bulan, anda boleh mengambilnya semula selepas bayi tidak lagi sensitif dan menunjukkan reaksi negatif terhadap buah-buahan ini.

Sekiranya keluarga anda mempunyai sejarah alahan, anda digalakkan untuk mengelak makanan berisiko tinggi seperti kekacang, susu lembu, telur, gandum, ikan dan buah-buahan sitrus. Walau bagaimanapun, tindakan mengelakkan makanan ini hanya perlu diubah jika bayi menunjukkan simptom alahan. Sebelum itu, dapatkan pandangan doktor jika keluarga anda mempunyai sejarah alahan terhadap makanan tertentu.

Kesimpulannya, apa yang patut anda lakukan ialah makan apa sahaja yang diingini + bersederhana + berkhasiat = sihat. Anda tidak perlu mengikuti amalan pemakanan khusus cuma makanlah makanan seimbang dan pelbagai untuk kekal sihat, cergas dan bertenaga.

Bolehkah makanan memberi kesan pada susu ibu?

1.Rasa: Rasa makanan dan rempah yang anda makan boleh dipindahkan ke susu ibu. Bayi biasanya suka dengan rasanya hingga menggalakkan dia menyusu untuk tempoh jangka panjang. Segelintir bayi akan menghisap lebih lama apabila rasa baru diperkenalkan. Rasa ini turut membantu bayi mengenali makanan keluarga di masa akan datang.

2.Warna: Warna sesetengah makanan boleh dipindahkan ke susu ibu. Sebagai contoh, pengambilan lobak merah yang banyak akan membuatkan susu berwarna kejinggaan, buah naga pula akan menimbulkan warna merah jambu dan sayuran hijau menyebabkan susu menjadi kehijauan.

Walau bagaimanapun, jangan risau! Kesan-kesan tersebut langsung tidak memudaratkan bayi anda.

sumber : Majalah Pa&Ma

6 comments:

CuppyCakeMommy said...

makan maggi boleh tak agaknya..teringing betul nak makan

roshda said...

seskali x pe.. jgn kerap.. x leok utk kita jugak.. :D

June Azizan said...

hye..

nak sebok sket eh.bagi june kan..since baby june dah 8mos,but still bf dia lagi, dari apa yg june perasan, kalau makan sambal tumis..lepas tu bf mesti ada kesan, sbb terlalu pedas kan bila bf, bb panas naik macam ruam, (baby june pun ada allergy, anti cow milk)

tp kalau minum ais tu tak sure la kan kot anak batuk ke ape..so far ok aje :D

panjang plak..sori

Unknown said...

Bagus panduan untuk ibu menyusu ni..memang kadang2 nampak terus yg effect kat baby.

Jom singgah sini

http://vitalicious2u.blogspot.com

mulatmulat said...

makan b complex susu ibu nampak sedikit kuning..hehe.

Unknown said...

boleh tak makan maggi .. ada kesan tak dengan baby

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...