Wednesday, April 29, 2009

Kurma makanan terbaik ibu hamil

Assalammualaikum seme.. ni de info yg sgt2 berguna utk kwn2 yg tgh preggy mcm diriku ini... sgt excited nak share.. sblm ni tau buah kurma tu sgt baik utk ibu2 hamil, tp x tau sgt detail.. td masa kua breakfast, ternmpk la majalah RAPI bln ni.. dlu2 masa bujg rajin tiap bln bli majalah rapi, tp lepas kawen kurg dh... sbb masa bujang dlu sgt xtrem bab2 jaga kesihatan n jaga bdn hehehe.. dh kawen kurg skit, masih jaga tp byk bca mjalah keluarga lak.. skrg aktif bca Pa & Ma lak.. tp yg menarik majalah rapi bln ni dia khusus utk Kehamilan so rembat la 1..

ok sambg blk pasal Buah Kurma, ni amik yg penting je ek dr pe yg dr majalah tu, nak detail, rakan2 leh bli RAPI keluaran MEI. Antara yg nak share ialah..
  1. kandungan zat gula yang dimilki lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding karbohidrat pada nasi
  2. Selain mudah diserap oleh tubuh dan mengenyangkan, kurma juga mampu melancarkan pembuangan air besar
  3. Kandungan lain dalam kurma adalah vitamin A,B1, B2, dan c. Ia juga turut mengandungi zat besi dlm asid amino dan mineral
  4. Kaya dengan zat besi dan kalsium sangat sesuai untuk wanita sama ada sewaktu hamil atau bersalin.

Berdasarkan wahyu Allah s.w.t. yg diturunkan kepada ibu Nabi Isa a.s. iaitu Saidatina Maryam, Maryam disuruh memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
"Dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan" (surah maryam ayat 25)

Kurma juga berperanan menenangkan emosi ibu yang baru melahirkan anak dan mengelakkan daripada terjadinya gangguan meroyan.

Khasiat semasa penghujung kehamilan :
  1. Jus Kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
  2. mengurangkan masalah tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi
Khasiat membentuk susu ibu :
  • khasiat zat besi dan kalsium yang terdapat di dlm buah kurma adalah khasiat paling tinggi bagi tujuan pembentukan susu ibu.
  • Sebaik anda disahkan hamil, amalkan memakan kurma sekurang-kurangnya 3 biji dalam masa sehari.
  • bagi ibu yang kurang susu, amalkan makan kurma.
Apabila buah kurma dijadikan makanan amalan sepanjang tempoh kehamilan, ia sebenarnya akan memberikan kesan jangka panjang terhadap perkembangan bayi. Khasiat buah dipercayai sangat berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan juga sum-sum tulang


diharap info ni seme dpt di kongsi bersama reraka yg lain... :) ape2 nanti share kat cni lagi ek..

8 comments:

koklie's said...

wah arini da dapat 2 info yang menarik thanks for sharing babe!! i pun nak cari gak la nk share ahakss...

roshda said...

haaa. mari2 kita share sesama.. byk mende bakal2 ibu baru ni x tau n kena blaja hehehe..

juliza said...

bulan puasa senang nak carik kurma, kalau time macam ni, kat maner nak carik yer?

roshda said...

kalo kat s.alam ni.. ade stall kecik kat pkns n sacc mall ade jual skali kismis n buah2 kering.. juliza katne?

Anonymous said...

akum roshda. thank 4 ur info. seblum ni mmg tau khasiat kurma cuma tak tau detail. bka internet terbaca blok roshda.. kebetulan bila tgk nama anak roshda... x sangka sama ngan nama anak saya cuma beza anak nama eiman muhaimin,thn depan 6 thn, sebutan sama. skrg saya prgnant anak ke tiga.. alhamdulillah...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

salam..nak mintak share jugak boleh x?? gud info lar utk mommy nihh!!~~ thankss!!

Anonymous said...

owh..kurma bgs ye..saya nk mkn kurma hari2 la mcm ni..tq share info ni..

Anonymous said...

salam...
yes.. kurma is the great food to practice especially for pregnt women n students. i merangkp ibu mengndung n student. kurma sejenis buah yg cepat dihadm n membekal tenaga yg paling baik. sepanjg 2 thun sy x makn nasi, so once i pregnt, i cant stand with its smell or even eat it. so i used to practice kurma as my regular snack. it is very good and i looks better, energizer n feel healthier...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...