Friday, August 28, 2009

Panduan berpuasa untuk ibu mengandung

Sempena Bulan Ramadhan ni.. nak share tips n panduan utk rakan seangkatan ngan diri ini.. :D
setiap bakal ibu (lagi2 la mereka yg bakal sambut cahaya mata pertama) akan cuba berikan yang terbaik utk si comel.. di samping kena jugak jaga diri utk diri sndiri.. meh sama2 kita share ape yg ade.... Moga serba skit boleh d jadikan panduan kita bersama Insyallah..


Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. {mosimage}Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. sumber

* Jika udara di luar dalam kondisi panas dan lembab, sebaiknya ibu hamil berada di dalam ruangan agar tidak berkeringat terlalu banyak yang berujung pada dehidrasi

* Hindari aktiviti fizikal berlebihan dan berusahalah untuk beristirahat di siang hari .sumber


Segeralah berbuka dan hubungi doktor apabila ibu hamil yang berpuasa mengalami gejala-gejala seperti di bawah ini :-
  • Sakit kepala, pingsan, sangat kelelahan, dan lemas berlebihan. Apabila setelah beristirahat - 1 jam tidak ada perubahan, segera hentikan puasa dan berkonsultasi ke dokter
  • Berdebar-debar, sangat mual, demam
    Perubahan signifikan pada pergerakan janin, apabila ibu merasakan janin tidak bergerak seperti biasa maka berkonsultasilah ke dokter
  • Terdapat keluhan sangat haus. Hal ini merupakan tanda-tanda dehidrasi
  • Terdapat kontraksi pada perut yang terasa ngilu. Hal ini dapat merupakan tanda-tanda kelahiran prematur. Segera hubungi dokter ibu
  • Berat badan ibu tidak naik (0,5kg/minggu) sumber

skit tips utk ibu yg menyusukan anak :

Ibu menyusu
Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam.

Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu. sumber

sumber lain :
http://panduanpreggy.blogspot.com/search/label/Preggy

kalo ade kengkwn lain yg de tips.. meh share sesama kat cni.. Selamat menjalani ibdah puasa..

4 comments:

KAK RAINBOW said...

ooo bagus lah tips2 nie awak. sgt berguna. byk information. thansk berkongsi info.

roshda said...

yeke.. seronok if bleh d jdkn panduan bersama... nurul dh bape bln ye?

m@Ri@ said...

bagus tips ni..thnks

Water Filtration Portland said...

Awwesome blog you have here

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...