Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
Skim ini dilancarkan pada 12 Januari 2012.
Siapa yang layak?
- Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
- Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
- Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
- Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
- Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
- Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
- ASB Sejahtera; dan
- ASW 2020 Bandar
- Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
- Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
- Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
- Bumiputera - 50%;
- Cina - 30%;
- India - 15%; dan
- Lain-lain - 5%
- Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
- Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
No comments:
Post a Comment