Monday, July 5, 2010

Menyusu ketika Hamil

Soalan :

Salam,
Saya Roshda.. salam perkenalan..
saya kenal puan dari ummu Ibtisam..
jika tiada masalah dan tidak keberatan saya ingin kn pandangan dan perkongsian dari puan.. saya ada anak berumur 9 bln dan BF secara ekslusif.. alhmdlh.. dan saya d sahkan mengandung 4 minggu.. dan saya sgt risau jika ada mslh susu x cukup.. saya terlalu baru dlm BF ni dan byk ilmu yg masii belum saya ada.. lagi mencabar kerana saya menyusukn anak semasa mengandung ni.. pd awlnye susu saya sgt2 kurg.. dan saya cek blk simptom ni kemungkinan saya prgnt dan ia nye sah.. ade sebahagian rakan2 x berjaya susukn anak dan stop bila d sahkan mengandung kerana x ckup susu.. saya mohon pandangan dan tips dr puan utk mengekalkn BF semasa tempoh mengandung ni.. :D

maafkn saya jika saya menggangu.. saya budak baru belajar :D terima kasih

Jawapan :
Ning Desiyanti
July 4 at 1:29am
Salam Pn. Roshda,

Mohon maaf kerana baru dapat balas email Roshda.

Congrats on your pregnancy ! Tahniah juga atas kejayaan Roshda menyusukan anak yang berusia 9 bulan. Saya kagum dengan semangat Pn. untuk meneruskan penyusuan dan ikhtiar Pn. mencari maklumat/informasi yang berkaitan.

Dalam satu kajian, lebih kurang 70% ibu2 mengandung mengalami penurunan penghasilan susu (lazimnya pada trimester kedua), ada juga yang mendapati penghasilan susu berkurang sejak trimester pertama lagi. Lebih kurang 18% ibu2 ini melaporkan yang bekalan susu mereka “kering” sama sekali pada trimester kedua. Namun ada sebahagian ibu2 (30%) yang tidak mengalami perubahan dari segi penghasilan susu, malah ada yang melaporkan penghasilan susu mereka meningkat ketika mengandung (kenapa berbeza bagi segolongan kecil ibu2 - masih dalam kajian).

Sebab utama penghasilan susu berkurang ketika ibu mengandung adalah kerana kadar hormon progesterone dalam darah ibu meningkat. Hormon ini penting bagi mempertahankan kehamilan, tetapi pada masa yang sama kadar yang tinggi ini menyekat kerja hormon prolaktin, hormon yang membantu penghasilan susu. Kerana kadar hormone progesterone (ketika ibu hamil) ini jugalah konsep “supply and demand” kurang berkesan dalam meningkatkan supply susu jika dibandingkan ketika ibu tidak hamil. Pn. mungkin akan mendapati supply susu tidak meningkat dengan ketara walaupun anak menyusu dengan lebih kerap atau Pn. mengepam dengan lebih kerap. Usaha-usaha untuk meningkatkan supply susu agak terhad kerana faktor hormon progesterone ini. Selain itu, pengambilan galactagogues seperti herba dan ubat-ubatan (untuk meningkatkan supply susu) tidak digalakkan ketika ibu hamil.

Susu ibu yang dihasilkan ketika ibu mengandung juga “lain” rasanya. Ini menyebabkan sebahagian besar anak2 yang sedang menyusu tidak lagi menyusu dengan kerap. Malah, ada juga yang memilih untuk berhenti menyusu. Apabila, bayi/anak tidak lagi menyusu dengan kerap, bekalan / penghasilan susu pun akan berkurangan dengan lebih cepat.

Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga ibu melahirkan bayinya ? Tidak, kerana lazimnya kira2 pada akhir trimester kedua, payudara akan mula menghasilkan susu untuk bayi (janin) yang dalam kandungan ibu. Kebanyakan ibu mendapati penghasilan susu ibu mula meningkat pada trimester ketiga dan pada akhir trimester ini anak yang tadinya “berhenti” menyusu mungkin akan kembali menyusu semula.

Penghasilan susu ibu yang berkurangan (walaupun sementara) sudah tentu akan mengecewakan ibu. Tetapi tidak perlu berputus asa kerana insya Allah, supply susu akan mula meningkat pada trimester ketiga nanti. Sementara itu, Ibu perlu makan makanan seimbang, minum secukupnya (minum bila dahaga), rehat secukupnya, teruskan menyusu anak Pn mengikut kehendaknya dan teruskan memerah susu bila Pn. berjauhan dengannya dalam usaha untuk menyusukan anak selama mana yang boleh/mampu. Take one day at a time.

Saya beranggapan anak Roshda yang berumur 9 bulan telah diberikan makanan tambahan, jika demikian pelbagaikan makanannya (give variety of foods). Anak umur 6 bulan ke atas perlu makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangannya yang pesat, susu bukan lagi makanan utamanya. Perlu pantau berat badan anak dan Sila dapatkan nasihat doktor / pakar jika berat badan anak menurun / tidak memuaskan.

Ada sebuah buku karangan Hillary Flower yang bertajuk “Adventures in Tandem Nursing” yang mengupas segala persoalan tentang menyusu ketika mengandung dan setelah bersalin (menyusu bayi baru lahir dan abang/kakaknya). It’s a good resource book.

Semoga info ini ada manfaatnya.

sedikit perkongsian dari saya... maka di sini secara terbukanye.. saya iyekan seme persoalan hehehe.. iye saya di sahkan berbadan dua.. baru je lagi nak masuk ke 6 minggu.. Alhamdulillah :D tp pada masa yang saya saya bekerja keras utk terus menyusukan iman di samping menjaga si kecik dlm ni... bukan mudah.. tp Saya bermohon kepada yang Esa untuk memberi kekuatan dan rezki kepada saya untuk melalui hari-hari yang mendatang ini dengan tabah.. Orang lain boleh.. pasti saya juga boleh Insyallah..
ni la buah ati pertama saya.. moga Iman terus dpt menikmati susu ibu bersama bakal adiknya nanti :D

Bukan semua orang terpilih utk melalui saat ini di mana berbadan dua dan masih menyusukan anak lagi.. lately, saya byk mencari bahan dan mencari dan meminta pandangan dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang dh lalui saat ini..

Iman jd abg yang baik tau jaga adik2 eh.. jaga ibu n abah juga nanti tau

Sekarang mkn utk 3 orang.. kalsium kena mkn lebih.. mcm tu jugak yg lain2.. doktor pon tak halang utk terus BF Iman.. sbb saya takde masalah kesihatan.. Alhamdulillah.. moga segala pengalaman yang saya lalui ini dan detik manis ini akan saya kongsi bersama kpd kengkawna yg slalu menjengah ke blog yang x seberapa ini.. :)

Doakan saya tau!!! hehehehe

* terima kasih kepada 'hana' silent reader saya kerana sukakan blog saya yg x seberapa ini.. hanya sekadar perkongsian dan cerita seorg ibu ttg kehidupan dan anaknye.. dan beberapa lagi silent reader yang telah menjd rakan saya.. maaf x sempat nak reply YM kdg2 saya xde d meja.. sng2 e-mail la saya.. sgt2 hargai.. pasni pasti lebih menarik dgn perkongsian seorg ibu yg BF anaknye yg nak masuk 9 Bulan dan berbadan 2 lak hehhee.. wish me luck

10 comments:

Puan ApasH said...

wow..congrats on ur pregnancy..dah nak jadi abg Iman ye..

koklie's said...

Tahniah Roshda, kene panggil abang la iman skang ek so happy for u... u can do it chaiyok2

cikmin said...

salam roshda...wah..iman bakal jadi abang dah...tahniah...! semoga selamat semuanya...mesti pengalaman kandungan kedua ni akan lebih menarik..jangan mabuk2 tau..share2 selalu kat sini okey...

kiss untuk iman...!

Raisah @ echah said...

congrats Dear!!!!!!!!!!!!!!!!!!! happy 4 u!

Wan Zurul Norhuda Wan Zaidi said...

Tahniah Rosh!

Apa yg Dr.Ning cakap tu mmg betul...
Percaya pd yg pakar...hehe...
Ada kebaikannya menyusu sewaktu mengandung ni...mcm pengalaman Huda, hasil stimulasi dari Nuha sewaktu mengandungkan Aqeel, Huda xde masalah nk bf Aqeel right after delivery...Aqeel mendapat susu secukupnya sbb masa trimester ketiga, kolostrum yg terhasil agak banyak (gara2 menyusukan Nuha)...

So Rosh...kuatkan semangat yer... mmg mencabar bf time pregnant ni...kena byk bersabar...chaiyok!
u can do it!!!

Erna Nordiana Zamri said...

saya mohon share ye. saya juga baru hamil sekarang 11mingu ++ saya ingin share dalam blog saya dan saya akan link semula ke sini. boleh ye puan?

Unknown said...

As salam...dktor...saya ada ingin bertanya iaitu,saya sekarang sedang mengandung 21 minggu,dan masih menyusukan anak berusia 1 tahun 8 bulan...saya juga pernah keguguran sewaktu usia kandungan 13 minggu,iaitu ketika anak saya itu berusia 9 bulan....selamatkah saya untuk meneruskan penyusuan ketika ini?3 hari yang lepas anak saya tidak mahu menyusu langsung,kerana hmfd...mulutnya sakit seperti ulser,menyebabkan dia tidak mahu makan dan minum,dan saya terpaksa memberinya makan bubur secara paksa dan minum melaui stringe...dia juga makan ubat yang dibekal doctor....sekarang dia sudah pulih seperti sedia kala dan menyusu saya semula...selamatkah kandungan saya jika dia masih menyusu sehingga saya sarat nanti?,dan mudaratkah susu yang disusuinya memandangkan saya juga perlu makan asid folik dan vitamin yang dbekal doktor...sampaikah supplement yang saya makan itu kepada bayi dan kuatkah Rahim saya sehingga kini?iaitu sudah 21 minggu...bilakah tempoh kehamilan yang kerap mengalam keguguran?
Segala maklumat dari doc saya ucapkan jutaan terima kasih..
NUR,Cheras.

Jazilah Ilyas said...

saya slh sorang ibu yang susu merudum apabila hamil. 2 kali menyusu sblm ini dan bila hamil susu terus kering walau pada trimester pertama lg

Unknown said...

Tahniah.. Saye sedang mengalami situasi ini.. Saye nk tanye, klu ms mengandung boleh breastfeeding, pam susu pun boleh juga la kan? Ade beza ke?

Unknown said...

Tahniah.. Saye sedang mengalami situasi ini.. Saye nk tanye, klu ms mengandung boleh breastfeeding, pam susu pun boleh juga la kan? Ade beza ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...