Friday, August 28, 2009

Panduan berpuasa untuk ibu mengandung

Sempena Bulan Ramadhan ni.. nak share tips n panduan utk rakan seangkatan ngan diri ini.. :D
setiap bakal ibu (lagi2 la mereka yg bakal sambut cahaya mata pertama) akan cuba berikan yang terbaik utk si comel.. di samping kena jugak jaga diri utk diri sndiri.. meh sama2 kita share ape yg ade.... Moga serba skit boleh d jadikan panduan kita bersama Insyallah..


Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. {mosimage}Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. sumber

* Jika udara di luar dalam kondisi panas dan lembab, sebaiknya ibu hamil berada di dalam ruangan agar tidak berkeringat terlalu banyak yang berujung pada dehidrasi

* Hindari aktiviti fizikal berlebihan dan berusahalah untuk beristirahat di siang hari .sumber


Segeralah berbuka dan hubungi doktor apabila ibu hamil yang berpuasa mengalami gejala-gejala seperti di bawah ini :-
  • Sakit kepala, pingsan, sangat kelelahan, dan lemas berlebihan. Apabila setelah beristirahat - 1 jam tidak ada perubahan, segera hentikan puasa dan berkonsultasi ke dokter
  • Berdebar-debar, sangat mual, demam
    Perubahan signifikan pada pergerakan janin, apabila ibu merasakan janin tidak bergerak seperti biasa maka berkonsultasilah ke dokter
  • Terdapat keluhan sangat haus. Hal ini merupakan tanda-tanda dehidrasi
  • Terdapat kontraksi pada perut yang terasa ngilu. Hal ini dapat merupakan tanda-tanda kelahiran prematur. Segera hubungi dokter ibu
  • Berat badan ibu tidak naik (0,5kg/minggu) sumber

skit tips utk ibu yg menyusukan anak :

Ibu menyusu
Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam.

Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu. sumber

sumber lain :
http://panduanpreggy.blogspot.com/search/label/Preggy

kalo ade kengkwn lain yg de tips.. meh share sesama kat cni.. Selamat menjalani ibdah puasa..

Tuesday, August 25, 2009

Bengkak Susu

mesti de yg pk aku dh bersalin bila tgk tajuk ni... actually blom huhuhu.. tp aku tgh alami mende ni.. sgt2 menyakitkan.. selama niorg ckp je.. n dga... bukan senang utk bg susu ibu seacra khusus kepada si comel.. mcm la dugaan n cabaran dr segi fizikal n metalnye.. so skrg aku tgh alaminye...

mende ni terasa ari sabtu lepas lepas buka poser.. ase mcm x selesa n bila cek.. ade ketul2 kat breast belah kiri... memula riso gak.. de ketumbuhan ke ape kn... tp sblm ni x penah lak ade.. x kan tetibe je ade.. diam kn je la.. sbb mcm takut...

masuk ari ahad.. aku dh x leh tahan.. ase berdenyut-denyut.. ari 1st n 2nd dy poser berbuka kat umah mak.. aku bgtau kat hubby kena g klinik ni.. sb x leh tahan dh.. pastu sblm tu sms my fren suhaida n tanye pendpt dia..dia kata bengkak susu tu.. n mmg sgt2 sakit.. pastu dia soh mkn panadol kalo x tahan sgt.. pastu dia ckp tu la antara cabaran nak bg susu ibu kat si comel.. bkn mudah.. tu bru skit je.. aku pon ckp la.. tu la.. Allah nak bg gambaran kat aku tu.. nak test aku kuat ke tak.. :D

pastu dia sms lagi siap ckp "tu la ramai yg surrender utk bg susu ibu secara ekslusif kat anak dorg sbb mmg sgt2 sakit.. kalo bgkak susu ni.. lagi la kalo dedua belah.. pastu ngan sakit atas (breast) dan bwh (tempat jahit) sbb tu mmg kena kuat kn diri n sabar byk2" sms dia yg ni buat aku pk pjg.. mampukah aku... huhuh aku akan cuba selagi daya.. sbb mmg berazam nak jd mcm dia yg dh hampir 6 bln bg susu bdn sepenuhnya wpon keje n slalu g utan amik sampling sbb dia penyelidik kat SIRIM.. pastu ramai lagi la kwn2 yg mcm dia yg group susu ibu.. aku nak jd mcm dorg.. tp aku kuat ke.. n mampukah n semgt dr kwn2 mmg sgt2 membantu.. hubby pon slalu bg sokongan.. tq seme :D apepon seme tu ketentuan Allah.. doakn ye..

lepas buka poser terus g klinikajak hubby.. hubby pon terpksa poteng terawikh sbb nak bwk isterinye dia.. dia pon riso x tau nak wt mcmane.. g klinik yg bese tu tutup lak.. yela poser lak.. yg panel lain lak doc lelaki.. x nakla kn segan la.. so tahan je la spjg mlm tu.. huhuhu tdo ku x lena.. ngan bb lagi pinggang ku sakit n breast ku berdenyut.. pastu sahur aku gagahkn diri gak utk masak sahur utk hubby terchenta.. buat nasi goreng paprik jek.. aku sahur mmg selera mkn sbb pk kn si kecik dlm prot ni nanti sian dia..

lepas sahur x tdo.. trus iron bju sebakul n basuh n jemur baju.. masa wat keje x terasa sgt.. kalo dokdiam n tdo mmg rasa berdenyut.. g opis tu dh mula rasa balik sakitnye.. x leh tahan trus g lari ke klinik jpe doc yg bese tu.. masa cek doc terkejut.. dia ckp "mcm ane awk bleh tahan sakit mcm ni 2 hari??" aku ckp.. "ntah la doc..saya nak g klinik tp klinik tutup.. tahan je la.." pastu dia kata lagi "sakitkan.. dh bgkak ni... ni susu dh produce" pastu dia soh mc n bg lagi 1 ari esoknye.. aku serbasa lah sbb mc aku dh abis thn ni.. sethn de 15 ari jek.. 10 ari aku dh gunakan masa mc gugur dlu.. pastu aku mabuk2 dlu mc lagi.. so aku kata x pe la.. aku leh g keje.. dia x puas ati.. nak soh aku rehat sbb dia kata sakit sgt.. mmg sakit tp nak wat mcmane doc.. saya tahan je la huhuhu..

pastu aku soh doc terangkn nape jd mcm ni n seme ni bese ke.. pastu doc siap lukis gamba lebih kurg mcm kat bwh ni.. dia ckp kelenjar susu tu dh bgkak n susu dh produce.. cz aku dh setting nak susu bdn kat bb.. mcm magic kn bile pk n org slalu ckp.. if kita nak bg susu bdn kat bb kena tanamkan azam dr awl.. sbb pemikiran kita.. tu mmg leh produce susu... :D kat ctu aku kagum... so skrg dh terbukti.. tp awal sgt la plak bb lom kua huhuhu :p pastu doc soh aku rehat n saba.. dia kata ni bese tp mmg mcm sakit gigi denyut nye..doc tanye lak demam ke tak.. sbb mmg leh demam kalo x kuat.. alhamdulillah xde demam..

masa tgu kat lua nak amik ubat..doc jpe aku lagi..dia tanye blk kol bape arini.. aku ckp kol 5pm so dia kata x yah g keje dia bg time slip n blk terus rehat pastu bg mc utk esoknye.. baik tau doc ni.. sgt2 prihatin.. dia soh tuam ngan ais.. mlm tu aku wat operasi.. hubby pon tlg.. tq syg.. seyes mmgs akit.. pastu aku try pump.. sib bek dh de pump.. kua la susu tp x byk mane.. tp agak kalut sbb x penah pakai kn :p urut2 tp sama gak.. tp alhamdulillah aku leh bertahan lagi.. mmg sakit kdg2 bisa smp tgn tp aku kena pk mcm ni.. "roshda, kena kuat.. ni bru skit.. blom sakit bersalin lagi.. mcm2 lagi huhuhu" caiyok2 :D

kelenjar susu aku dh hasilknsusu bak kata doc n terkumpol tu yg sakit..

so arini aku rest la.. mc wpon de x leh pakai.. so aku msg opismate amik EL je la.. bgtau mak dia soh tuam ngan air pans.. pastu hubby tgk kat internet ramai soh tepek kobis.. aku pon dh buat pg td.. tp x kurg gak.. secara logikla aku pk.. selagi susu tu x kua.. dia kan terus bgkak n sakit.. so aku kena urut2 gak n kua kn skit2 wpon mmg sakit.. doa byk2.. anak ibu kua la cepat2.. sape nak minum susu ibu ni.. susu dh de.. anak ibu x kua lagi.. bak kata hubby, penyelamat nye skrg sorg jek.. 'Iman" je.. :D

ctut byk bg nasihat.. dr pglaman dia n ida.. org2 mcm ni la yg bg aku semgt.. tq :D suhaida pon de ckp lagi.. nanti kat spital lepas bersalin lagi sakit.. so standby ponston.. mcm dia dlu.. spital bg ponston tp x ckup.. so dia carik sndiri.. tanye la dia x effect bb ke.. dia ckp xde pe sbb paras paracetamol dia bleh lagi.. cuma bb akan jd ngantok so kena kejut dia bila time nyusu.. kalo x nanti bb kuning... tq seme rakan2 ku.. sgt2 hargai korg nye nasihat...

pastu td aku dh msg Rita kt fb yg pakar laktasi yg slalu kua mjlh pa & ma n dia pon geng melilea .. pasal masalh aku ni.. so tgu la mcm ane lak nasihat dia.. moga2 aku cepat sembuh n kuat.. ni tanda2 kecil ke besa x tau la.. x nak kua dh kot anak ibu ni.. :D

kalo rerakan de tips meh la share sma ek.. kdg2 denyut nye adeh.. lemah bdn ku...pastu mlm td ngan kaki tetiba cramp yg teramat sgt masa tgh lena tdo.. mmg lama dh x kena.. mmg dugaan d penghujung prgnt ni sgt2 mencabar.. bak kata mak td "bukan senang nak jd seorg ibu".. mungkin itu lah sbbnye 'syurga d bawah tapak kaki ibu'


Sunday, August 23, 2009

MERDEKA BELLY CONTEST

Salam Ramadhan skali lagi.. seronok bulan Ramadhan ni... meriah... smlm g bazar kat stadium shah alam.. mak aikh.. ramainye org niaga n org beli... rambang mata.. :D tambah teruja lak sbb thn ni sgt speciall sbbnye.. berpuasa bersama hubby tersyg n bakal permata ati kn dlm perot ni.. apepon alhamdulillah ngan segala rezki n rahmat dari NYA yg tidak terhingga..

ok entry kali ni nak cite pasal contest yg CIK MIN buat.. rajin kn cik min ni.. x tau la leh menang ke tak.. join la utk memeriahkn lagi pastu cikmin ni antara pelawat yg rajin menjengah kat cni.. ase seronok dpt kenal cikmin ni.. wpon lon jpe dpn2 lagi.. tp ase mcm rapat ngan dia.. seronok dpt kenal cikmin.. :D

segan gak nak tayang perot yg x bape comel n bdn yg mcm d pam2 nih sejak ngandung hehehe.. tp sape yg x lalu nak tgk pejam mata tau hahahaha.. x taula leh kembali ke bentuk bdn yg asal ke tak.. huhuh seram2.. x mo pk dlu ekekek janji bb sihat kt dlm ni.. hehehe

Cikmin, gamba ni saya amik kat umah kwan ari khamis yg lepas... mmg plan nak buat sesi amik2 gamba mak buyung ngan dia.. sbb dia offer n dia kwn baik saya n hubby.. so ni kira pre photoshot la.. so tepek gamba ni leh kn? camera sndiri rosak huhuh sedey.. nak tepek gamba perot je kang takut cikmin kata saya amik gamba perot sesape lak hehehe nak bukti kat cni leh tgk hehehe gambaku


perot saya :D

saya yg debab.. ngan bju si comel..

sepanjang tempoh mengandung utk cahaya mata pertama ni sgt2 mengujakan.. walaupun d ujg2 ni ase mcm agak mencabar.. tp tabahkn ati demi utk si comel.. yg bakal lahir ni.. kira cucu prtama n cicit pertama kt my side so seme org tertunggu n sgt2 la excited smp rasa diri ni d tolak ketepi hahahaha.. tpx p e.. janji seme org hepi..

doakan kesihatan sya n bb ek.. moga d permudahkan bersalin.. sgt takut huhuhu..

cikmin ni borang penyertaan saya tau.. :D kalo menang alhamdulillah.. cuba jaya :D harap2 penyertaan ni d terima.. tq byk2 cikmin sbb anjurkn contest yg menarik ni..


Saturday, August 22, 2009

Masalah yang dialami d penghujung kehamilan

Salam Ramadhan seme... :D

bagi ibu mengandung mcm diri ini pasti teruja n ber pk leh ke tunaikan ibadah poser ni.. kuat ke? tahan ke? x lapa ke bb dlm ni? seme tu pasti bermain dlm kepala ni kn... :D mcm aku ni.. cuba gak la.. kalo dpt genap sebulan insyllah.. alhamdulilah.. ikut keupayaan hehehe.. hari ini alhamdulillah sbb td sahur buat nasi goreng cina.. selera je mkn ngan hubby.. seme ni pk utk org dlm prot ni.. tu yg melantak mcm x igt hehehe.. kalo masa bujang dlu jrg bgn sahur... ni 1st time poser sbg isteri org.. bkn je kena sahur utk diri sndiri tp utk si comel dlm ni.. pastu kena masak utk hubby gak.. teruja la gak :D seronok.. mula2 tu smgt tgi la skit.. tgu nanti2 beberapa ari hehehe..

ok.. dh penghujung trismester ni.. bykla dugaan n cobaan nye kn.. sakit blkg tu perkara bese.. pastu msalh yg terbaru adalah.. posisi nak tdo.. slalu bermasalah.. bila dh tdo kn x sedar.. kalo tersedar dlm keadaan terlentang.. hanya Tuhan je yg tau betapa adehhhh... sakit nye pinggang... yela memula dh elok dh ni mengiring.. dh tu tdo x ingt dunia mane nak sedar tetiba dh terlentang.. pastu adeh.. sakit tu masa nak mengiring blk.. ase beratnye..

lgi 1 berpeluh.. huii mak aikh.. bukan setakat peluh jantan.. peluh jantan betina seme kua hahahha.. seskit peluh2.. pdhal xde la panas mane.. mmg x leh tahan la.. selimut kalo tdo tak layan wpon sejuk hehehhe.. br jln skit peluh menitik x hingat.. kalo lap, leh perah tuala tu :D tu la penangan mak buyung...

ni de dpt skit tips.. meh nak share sesama kengkawan yg seangkatan ngan diri ini..

Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang. sumber

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:

  • Saiz perut yang semakin besar
  • Sakit belakang
  • Pedih ulu hati
  • Sukar bernafas
  • Insomnia

Posisi yang terbaik

  • Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
  • Bengkokkan kaki anda.
  • Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
  • Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
  • Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.

Posisi tido yg disarankan oleh ibu mengandung... aku ske tdo peluk bantal.. ase mcm selesa je kat perot.. tp memula je pastu dh tdo bantal tercampak mane muahahaha

lagi 1 cara mcm ni.. pon ok..

Posisi yang harus dielakkan

  • Tidur terlentang
    Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
  • Tidur meniarap
    Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap. sumber
soalan : Dr, Benarkah semasa mengandung tidur mengiring ke kiri lbh baik drpd ke kanan? Kandungan saya sudah masuk minggu ke 32 dan saya mengalami masalah sukar tidur kerana pergerakan bayi yg aktif di waktu malam dan jg kaki yg selalu lenguh.

jawapan : Rina, Tahniah dah hampir akhir kehamilan! Tidur mengiring ke kiri atau kanan tak penting. Yang penting ibu selesa dan boleh bernafas dengan baik. Kalau tak selesa, kerap tukar posisi. Boleh muatkan bantal kecil bawah perut dan di sebelah belakang tulang belakang untuk sokong badan. Kalau baru selepas makan, disyorkan mengiring ke kiri. Dah lama selepas makan, baru mengiring ke kanan. Rationale mengiring ke kiri dulu kemudian ke kanan selepas makan supaya makanan dicerna (digest) dgn baik dan diserap dgn sempurna oleh usus. Bayi aktif lagi baik drp bayi banyak tidur - baby memang tak tahu siang malam, dia akan gerak bila dia suka. Kalau kaki lenguh sebab banyak berdiri dan badan berat-sarat, naikkan kaki tinggi sikit drp aras punggung bila duduk atau baring. Banyak rehatkan kaki.

Redakan Kepanasan Ketika Hamil

Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.

Namun untuk mengurangkan kepanasan yang dirasakan oleh ibu-ibu hamil, cara berikut boleh dilakukan.

  • Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
  • Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, just buah dan sebagainya.
  • Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
  • Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
  • Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas. sumber
ok kengkawan.. semoga tips ni dpt membantu pada yg mengalami masalh mcm diri ini.. selamat menunaikan ibadah puasa.. yg penting sahur mesti mkn tau.. kalo x kesian si comel dlm ni..doktor pon pesan byk2 kali.. "sahur mesti mkn" baik la doc hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...