Friday, February 17, 2012
Busana Hari Jumaat
Thursday, February 16, 2012
Hukum Menyusukan Anak lebih 2 Tahun
Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:
وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”
Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.
- setitik susu yang diberikan akan dapat 1 pahala - bayangkn ibu2 skalian.. bape titik dh kita berikan pd anak kita?? kalo 2 thn?? besarkan ganjaran DIA beri..
- Ibu yang menyusukan 2 tahun anak InsyaAllah wajib syurga baginya - tp kena la jugak jlnkn tanggungjwb n perintaNYA..
- Ibu yang menyusukan anak yang menangis, pahalanya setahun solat dan puasa
- Ibu yang menghabiskan waktu tidur malam nya dengan menjaga anak akan mendapat pahala sama dgn memerdekakan 20 orang hamba
Suke penampilan dan perwatakan mereka
Wednesday, February 15, 2012
Kemudahan Cermin Mata
Ayat-ayat Cinta Abg Iman
“ibu, iman tutup tv ye? Iman nak tdo jom masuk bilik” – ni kalo dh mlm nak tdo
“ibu, salah ni selipa angry bird iman ni.. ibu tlg betolkan boye(bole)?" – ni kalo dia malas nak tunduk btolkan sndri.. haishhh
“ibu, jom masuk bilik.. iman nak cucu (susu) boye (boleh) …?" – ni agak 18sx skit sbb dia nak baring bfeed n ibu dia slalu wat muka kata penat la.. yelaa dh nak 3 thn bila nak wean off!!! Huwaarghhh!!! Ibu x larat la nak oiiii
“Ibu, tutup la malu la.." – ni kalo dh selesai bfeed dia dh sudah so dia sruh ibu tutup ler.. pandai la plak..
“iman dah kenyang la.. x nak dah makan nasi” sambil pegang perot
“Ibu, jom balik rumah kita” – ni slalu dr umh atok n dia dh boring n ajak balik nak nyepah umh plak lepas abis umh atok d kisai ngan adik
“tadi kan.. Iman mkn kek dengan abah.. sedap” – ni kalo dia dia p dating ngan abah.. blk cerita la.. elehhh nak bg ibu jeles la tu
“Eh, ini pampers huggies la ibu mcm dkt tv” siap nyanyi lagu mcm kt iklan.. “bebey..bebey beh…”
“Iman nak naik bot lagi la ibu.. iman tak takut…" ibu “elehhh, aritu iman takut kan….” Iman “tak.. tak!! Iman tak takut yaaaa” – dengan muka bengang
“iman nak air macak (masak) amik kan” – fav dia adalah air masak selain susu ibu
“Iman nak eskrem mcm kakak tu.. nanti ibu beli kan boye (boleh)?”
“ibu, Iman nak kencing kat biyik (bilik) ayer cpt la!!” – ni kalo potty training… bising mulut sibuk nak p biyik air.. aishhh tp alhamdulillah bleh dh..
“sana cikit yaa.. Iman nak duduk yaa..” – ni mcm pakcik tua yg nyibuk nak selit kt org kalo org tgh lepak2
Eh byk la lagi pakcik slalu ckp.. mmg dia leh jd kwn borak.. ajak la dia sembang ape pon.. mmg slumber dia jwb.. wpon kdg2 ase nak gelak guling2.. sbb dia akn jwp n beri jwpn dgn memek muka yg sgt serius..
adik lak dh faham klo suruh syg abg Iman dia p la cium abg Iman tu smp abg Iman komplen "ehhh ayer liur adik ni la ibu..." hahahhaa adoaii
pastu kalo ckp ngn adik sruh amik tu n tunjuk ke arah mende tu dia pon dh leh harap.. paham dh la ckp seskit.. mayb dia ckp sbb pengaruh abg dia tu kot.. n kegemaran si adik ni ialah akan menjerit kalo ape dia nak x dpt pastu klo kena sakat ngn abg Iman n lagi 1 ske majok laaa haiii
kalo dia x dpt ape n k n x dpt ikut org jenjln.. dia akan menyalar kt lantai.. golek2 nangis pastu x nak lgsung kt org majok la tu.. pastu pandang lantai duduk sesorg org pgl wat bolayan.. siap nangis leleh air mata sedus esorg.. hahaha mcm drama la adik Taqwa ni okeh!!! poning kepalo ibu ni nak oi.. 2 org n perangai macam2.. ni la penghibur duka n bahan gelak ketawa.. tanpa dorg sunyi.. dgn dorg umh leh jd mcm kapal karam sekelip mata...
Ati ini sgt hepi dgn kurniaan seorg anak bujang n ank dara yg menyerikan hidup ini.. Thank You Allah.. sorg thn ni 3 thn.. sorg lagi 1 thn bln ni.. syg kamu berdua muaah!!!
Monday, February 13, 2012
Kata-kata semangat utk sihat
ok smp cni dlu jom start keje..
Friday, February 10, 2012
Sihat dan Cantik
Friday, February 3, 2012
Iman dan Taqwa
- Tahun ni bulan Oktober genap umur 3 tahun
- byk sgt ckp antara ayat yg x leh lupa
- "ibu.. Iman gigit adik je.. sikit je"
- "ibu malu la, pakai la bju nanti nyamuk gigit" ni kalo ibu dia terseksi skit la kt umh.. ustaz ni kot
- "ibu, iman nak tuisyen la... cepat la.. " sambil meraung.. mane plak nak carik cikgu ajar bdk 2 thn syg wehhh.. - Masih meyusu badan x tau mcmane nak wean off!!! kalo x bg dia pekik n meraung
- dh boleh d harap amik brg2 suruh je
- kalau nak lock kete atau nak bukak kunci kete mmg tugas dia
- tutup tv n on tv pon tugas dia blk rumah smp pintu je akn buka kasut sndri n susun sndri d rak kasut
- akan marah adik kalau sepahkan rumah
- selalu menyakat adik dan menjd hobi
- akan tlg masukkan semua baju kotor ke dlm washing machine sebelum ibu basuh baju kalo x dia akn memekik marah
- suke menyanyi dengan sesuka hati dengan kuat kdg2 kt kedai mkn slumber.. sgt memalukan ok aishhh
- cerewet makan tp kalo sedap dia akn tunjuk ibu jari n jerit "best!!" ikut abah dia la ni
- dia boleh kenal itu adlh bas pekerja,bas persiaran,lori sampah,lori simen, lori angkat brg,kepala lori.. ni kalo naik kete la.. mmg ckp x leh brenti seme pon la dia sebut mcm2 lagi la..
- Peminat tegar angry bird smp ke pinggan pon angry bird
masa berlalu sgt pantas kan.. dan rasa mcm wahhh kamu sudah boleh d ajak berborak dgn ibu maka kesunyian itu makin berkurangan tapi bese la budak2 kdg2 buat kita naik darah kan... lagi2 bab menyakat adik hurmm
- "ibu, itu bank Islam ye?" ni sgt2 terkejut.. sbb dia boleh tunjuk itu bank Islam sedangkn ade logo je.. pnh ckp skali je itu bank Islam ibun ak amik duit.. bleh eh dia ingt?? dan x mungkin dia pandai mengeja..
- dia ingt dan cam semua jenis kereta.. ibu kete ape, atok kete ape.. abah kete ape.. kwn2 ibu semua.. so klo nmpk kete jenis sama mcm waja ke saga ke.. alza ke.. dia akn ckp "ibu.. itu mcm kete atok nain" fuuhhh! bdk2 skrg nye kepala
- Ujg bln Februari ni genap 1 tahun..
- ini bdak lgi la ligat sbb 8 bln dh jln
- 9 bulan dh berlari penat kejar!! abg dia jln 1 thn
- kuat merajuk
- becok bleh tahan bab becok ni ikut ibu la dedua ni
- menyanyi jgk ikut abg iman tp bahasa dia.. lagu fav adlh cinta muka buku by najwa latif aduaiii
- suke jln mendada mengade ar tu manja
- x kisah org nak je ngn sesape sng uruskan dia ni
- kalo ngantok tdo jek.. x yah pakai buai letrik mcm abg dia
- byk sabar n mengalah dgn abg Iman yg ske rampas brg ape adik pgg
- masih menyusu badan sepenuhnya tanpa susu formula
- dah mkn nasi bulat x mkn bubur dah.. sonang keje ibu x yah bgn dh kol 5 pagi
- kuat makan!!
- suke joget
itulah org kata kan ank ni lain-lain perangainya.. mcmane la yg ank 10 tu kan.. lagi mcm2 cerita n ragamnye tp tu la ibu bapa ni sabar n boleh besarkan ank2.. moga ank2 kita boleh menjaga kita smp akhir hayat dan mendoakan kita.. serta akn uruskan kita sehingga ke liang lahad.. seronok kan kalau mcm tu hilang rasa lelah mengandung,melahirkan dan membesarkan mereka.. dan harapan juga mereka mendoakan kita kelak.. kerana antara 3 perkara yg x kn putus bila kita meninggal adalah doa anak2 yg soleh.. InsyaAllah
Jam Loceng
Thursday, February 2, 2012
SARA - Skim Amanah Rakyat
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.
Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.
Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.
Skim ini dilancarkan pada 12 Januari 2012.
Siapa yang layak?
- Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
- Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
- Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
- Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
- Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
- Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
- ASB Sejahtera; dan
- ASW 2020 Bandar
- Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
- Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
- Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
- Bumiputera - 50%;
- Cina - 30%;
- India - 15%; dan
- Lain-lain - 5%
- Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
- Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja