Wednesday, December 30, 2009

Penyusuan ibu ekslusif enam bulan pertama

Assalammualaikum...

cari info pasal breastfeed utk tambah ilmu dan terjumpe artikel ni..

meh kita share sama2 :D

WALAUPUN kempen penyusuan ibu baru sahaja berakhir, namun usaha untuk menggalakkan lebih ramai ibu menyusukan bayi mereka masih diteruskan.

Ini kerana kelebihan menyusukan bayi sendiri adalah yang terbaik dan tiada tandingannya. Ia bukan sahaja bagus untuk si manja malah bagi ibu itu sendiri.

Menurut Pakar Perunding, Perbidanan dan Sakit Puan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof. Madya Dr. Jamiyah Hassan, sungguhpun sudah ada kesedaran di kalangan ibu-ibu menyusukan bayi mereka tetapi ternyata ia tidak mencukupi.

“Paling penting, mereka perlu menyusukan bayi mereka secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan pertama, barulah dikatakan matlamat menyusukan bayi itu tercapai dan memberi kesan yang cukup positif pada bayi,'’ ujar Dr. Jamiyah.

Jelas beliau, penyusuan eksklusif ini bermaksud, hanya susu ibu diberikan kepada bayi dalam tempoh enam bulan itu tanpa sokongan makanan atau minuman lain (termasuk air masak).

Makanan tambahan hanya dimulakan selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Lebih baik lagi, jika ibu-ibu dapat meneruskan susuan ke atas bayi mereka sehinggalah bayi meningkat dua tahun.

Dr. Jamiyah berkata, “Memang benar sudah ramai ibu yang menyusukan bayi mereka kerana sudah dilatih sebaik sahaja melahirkan anak termasuk ibu yang melahirkan anak mereka melalui pembedahan Caesarean.'’

Malah, ibu-ibu mendapatkan pendedahan awal mengenainya selepas satu jam bersalin daripada jururawat dan mereka yang terlatih di hospital.

Pihak hospital kerajaan dan swasta juga mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen penyusuan ibu sempena sambutan Minggu Penyusuan Ibu Sedunia yang diadakan pada bulan Ogos setiap tahun.

Kempen-kempen ini dianjurkan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan ibu di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Inisiatif Penyusuan Ibu PPUM, memberitahu, pihaknya juga mengadakan sambutan yang sama bertemakan `Menyusu Bayi dan Makanan Keluarga, Sayang dan Sihat’ pada 13 Ogos lalu.

Dr. Jamiyah berkata, walaupun sambutan Minggu Penyusuan Ibu sudah berlalu, program seperti ini berterusan dan aktiviti berkaitan terus diadakan dari semasa ke semasa.

Apa yang jelas, menyusukan bayi dengan susu ibu merupakan langkah bijak dan terbaik ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi.

Kepentingan penyusuan ibu menurut Islam:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.'’ - Surah al-Baqarah.

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari
* mengelakkan pendarahan selepas bersalin
* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi
* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim
* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.

**tambahan** dari cni

  • mengandungi komposisi nutrien yg sesuai dan cukup dgn perkembangan bayi yg membesar.
  • Susu ibu bebas daripada bakteria sbb ia mengandungi antibodi (immunoglobulins) yg bertindak sebagai tembok penghalang pelbagai penyakit sehinggalah bayi dpt membentuk antibodinya sendiri.
  • Protein di dalam susu ibu adalah mencukupi utk pertumbuhan bayi dan perkembangan otak. - Protein susu ibu mudah dihadam dan diserap. Apabila susu lembu diberi kepada bayi, kuantiti protein yg dihadam dan serap adalah rendah menyebabkn byk hasil pecahan protein. Perkembangan otak boleh terganggu jika paras hasil pecahan protein dlm darah adlh tinggi.
  • Susu ibu tidak membebankan ginjal bayi dan ia tidak perlu menyimpan air yg berlebihan.
  • Lemak merupakan sumber utama bagi bayi.- Enzim lipase yang terkandung di dlm susu ibu boleh menghadamkan lemak. Kandungan lemak adalah berubah semasa penyusuan ibu iaitu lemak adalah rendah pd permulaan penyusuan (foremilk) dan tinggi pd akhir penyusuan (hindmilk) atau disebut susu akhir. Enzim- enzim dalam susu ibu akan menghadamkan lemak dan ini menyebabkan ia senang dibekalkan kepada bayi sbg tenaga.
  • Susu ibu juga mengandungi zat besi yang mudah diserap oleh bayi sbb di dalamnya terdapat laktoferin berbanding susu fm.
  • Kandungan vitamin A dan C dalam susu ibu adalah tinggi berbanding susu lembu.
  • Susu ibu tersedia bila- bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. - tidak timbul masalah kebersihan
  • Susu ibu adalah penawar kepada bayi & mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. - Kajian menunjukkan anak- anak yang berusia 9 dan 5 tahun yang mendapat susu ibu mempunyai IQ sebanyak 12 dan 9 kali lebih tinggi daripada anak yang seusia yang tidak mendapat susu ibu.
  • Kajian di Belanda, susu ibu mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Arakidonik (AA) yang tidak diperolehi dalam susu fm penting untuk pertumbuhan sistem saraf dan juga tumpuan otak.
  • Menyusu bayi, badan boleh menjadi langsing disertai dengan senaman.
  • membantu mengecutkan rahim, mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko kanser buah dada dan ovari.
  • Yang lebih istimewa, penyusuan badan dapat menyerlahkan lg naluri keibuan dan jana ikatan kasih sayang antara ibu dan anak sbb dalam proses menyusu, hormon prolaktin terhasil dan ia merangsang perasaan keibuan.

Menurut Dr. Jamiyah lagi, biarpun penyusuan ini banyak memberi kelebihan, namun masih ada yang agak keberatan mahu menyusukan bayi mereka.

Senario ini mungkin terjadi kerana kurang pengetahuan mengenai cara menyusukan bayi dengan betul dan selesa atau cara lekapan yang betul tanpa menyakitkan puting buah dada.

“Teknik menyusukan bayi juga perlu betul kerana jika tidak ia boleh melukakan puting buah dada dan membuat ibu serik menyusukan anaknya,'’ ujar Dr. Jamiyah lagi.

Cara yang betul ialah dengan memasukkan puting dan sebahagian kawasan gelap buah dada ke dalam mulut bayi. Puting akan terluka jika dihisap pada pangkal puting sahaja.

“Sebenarnya ibu boleh memilih gaya mana yang mereka selesa untuk menyusukan bayi, duduk atau baring mahupun lain-lain posisi. Apa yang pasti proses penyusuan itu mewujudkan satu hubungan yang akrab penuh kasih sayang antara ibu dan anak-anak.'’

Beliau juga memberitahu, di PPUM, bakal ibu dan bapa digalakkan mengikuti kelas ibu mengandung dan penyusuan ibu. Kehadiran ayah akan memberi sokongan kepada ibu.

Malah kata Dr. Jamiyah lagi, pihaknya juga menggalakkan ibu menyusukan bayinya di depan anak-anaknya yang lain supaya anak-anak memahami mengenainya dan apabila mereka dewasa, ia (penyusuan ibu) sudah tidak pelik lagi.

Proses pengeluaran susu

Pengeluaran susu bergantung pada keperluan dan penghisapan bayi anda. Anak saraf di dalam puting dirangsang apabila bayi menetek.

Kemudian isyarat dihantar ke otak yang menyebabkan pengeluaran hormon prolaktin. Hormon ini memulakan pengeluaran susu dalam buah dada.

Semakin kerap bayi menetek, semakin banyak hormon prolaktin yang dikeluarkan dan lebih banyak hormon bererti lebih banyak susu yang terhasil.

Kala bayi menyusu ia akan merangsangkan pengeluaran oksitosin yang menyebabkan susu mengalir keluar.

Walau bagaimanapun proses mudah dan semula jadi ini tidak akan berjaya jika anda kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu atau cemas dan mengalami tekanan.

Kata Dr. Jamiyah lagi, yang penting ibu mestilah berasa seronok dan positif untuk menyusukan bayinya.

Menurutnya, ibu angkat juga boleh menyusukan bayi yang dipelihara bila bayi itu menetek dengannya dan proses itu sekali gus merangsangkan air susu ibu untuk mengalir.

“Terdapat kes-kes yang melibatkan ibu angkat yang berjaya menyusukan anak angkat mereka dengan jayanya,'’ katanya lagi.

Selepas tempoh dua bulan, ibu yang kembali bekerja masih boleh terus menyusukan bayinya.

Mereka boleh menyimpan perahan susu dalam peti sejuk (bahagian dingin beku) beberapa bekas untuk kegunaan bayi dan boleh juga membuat perahan yang sama di pejabat.

Dalam hubungan ini, Dr. Jamiyah berharap majikan boleh mengadakan ruang atau bilik khas buat ibu-ibu yang bekerja.

Beliau juga memberitahu, apa yang penting ibu juga perlu menjaga kesihatan, kebersihan dan makan makanan seimbang.

Dr. Jamiyah juga menambah, walaupun seseorang itu sakit atau menghidap sesuatu penyakit, dia juga layak menyusukan bayinya.

Pesakit HIV positif dan pesakit barah yang dalam rawatan tidak dibenarkan menyusukan bayi kerana dikhuatiri menjejaskan kesihatan bayi.

Tolak tanggapan negatif

Beliau juga menolak tanggapan yang mengatakan ibu yang menyusukan bayinya akan menyebabkan buah dadanya melendut atau jatuh.

Sebaliknya mereka akan mendapati buah dadanya elok asalkan mengenakan coli yang betul dan bersesuaian. Apa juga masalah mengenai penyusuan boleh diatasi andainya mereka merujuk kepada yang arif.

Apa yang penting ibu perlu sentiasa menjaga pemakanan mereka dan kebersihan dari awal mengandung sehinggalah bayi dilahirkan dan seterusnya.

Seperkara lagi banyak kaedah dan tip boleh diberikan kepada mereka yang baru mula menyusukan bayi mereka.

“Saya berharap ramai ibu akan tampil untuk menyusukan anak mereka kerana mereka boleh melakukannya. Istilah susu kering atau apa sahaja, insya-Allah semuanya boleh diatasi. Rujuk kepada yang pakar jika anda mengalami masalah mengenai penyusuan ibu ini,'’ ujar Dr. Jamiyah.

sumber : Utusan Malaysia - 04/09/2005

ni ada lagi skit dpt dr cni yg sgt2 berguna.. meh kita share lagi..

Dari perspektif Islam, menyusukan bayi merupakan kewajipan bagi seorang ibu dan menyempurnakan haknya jika dia mampu. Tempoh penyusuan ibu bagi mereka yang ingin memenuhinya ialah 2 tahun. Bapa merupakan individu yang sepatutnya membantu ibu yang sedang menyusu dengan menyediakan keperluan bagi ibu. Ini memaparkan bahawa Islam menganggap penyusuan ibu sebagai kewajipan utama yang patut dilaksanakan. Menceraikan susu adalah dibenarkan sebelum tamat tempoh dua tahun dengan syarat mendapat persetujuan kedua- dua ibu bapa dan mereka dapat memberikan penjagaan yang rapi kepada anak. Ibu yang mampu menyusukan bayi tidak digalakkan mengupah orang lain untuk menyusui bayi. Islam memerintahkan bapa memberi upah kepada ibu yang menyusukan anak. Dengan cara ini, Islam memastikan anak mendapat segala keperluan dalam tempoh menyusu. Ibu yang enggan menyusukan bayi tanpa sebab telah mengabaikan satu tanggungjawab hakiki terhadap bayi yang telah diamanahkan oleh Allah.

Ramai ibu yang alpa dengan tanggungjawab mereka dalam melengkapkan bayi dengan keperluan susu badan akibat ghairah dengan kesibukan kerja. Jadi, bagaimanakah untuk menggalakkan penyusuan di kalangan ibu dan menjamin kesinambungan penyusuan susu ibu walaupun ibu kembali bekerja? Bagi ibu yang berkerjaya sepatutnya merancang dan membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan anak mereka. Antara faktor yang menjadi penghalang ibu-ibu untuk terus menyusukan bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman, tiada sokongan, memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Kadangkala, ada ibu yang bertekad mahu menyusui anak tetapi hasrat itu terkubur dek beberapa kekangan. Antaranya kekangan waktu untuk menyusu atau memerah susu dan juga tempat yang sesuai untuk menjalankan aktiviti tersebut. Oleh itu, amat perlu bagi majikan memahami situasi ini dengan menyahut seruan kerajaan mewujudkan taska di tempat kerja. Di samping menyediakan ruang yang selesa untuk ibu menyusukan anak, ia juga dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak kerana anak tidak akan merasakan diri ditinggalkan oleh ibunya sekian lama. Jika tidak, majikan perlu menyediakan ruang yang khusus dan kemudahan lain seperti peti sejuk untuk ibu- ibu yang menyusu untuk memerah susu dalam sela waktu yang sesuai di tempat kerja. Langkah ini penting bagi memastikan bayi mendapat susu ibu yang secukupnya semasa ketiadaan ibu di rumah.

Bagi memastikan penyusuan ini berterusan, sokongan padu daripada suami, keluarga, majikan dan rakan sekerja adalah penting dan tidak boleh dipandang enteng. Ini adalah kerana ia memberi kesan yang mendalam kepada generasi yang bakal menjadi tunggak negara. Bukankah anak itu anugerah Allah yang tidak ternilai, setitis susu ibu juga kurniaan Allah yang berharga, jadi mereka perlu mendapatkan makanan yang terbaik. Justeru, fikirkanlah.

ermmm... apepon semua ibubapa ingin menjadi yg terbaik dan memberi yang terbaik utk anak2 mereka.. semuanya adalah terletak pada diri kita sndiri.. yang penting kita berusaha dan berdua.. ketentuan adalah darinya.. jika tertulis anak kita ada rezki.. :D Insyallah..

lagi info kat cni

Kembara Iman dan kawan-kawan ibu ke pantai timur

Pada Jumaat lepas bersamaan 25 Disember 2009 Iman, Ibu ngan Abah g ke kemaman.. x blk kg abah sbb lg 3 jam perjalanan dr destinasi iman nak pegi ni.. so iman n kwn2 ibu lepak2 kat kemaman je.. kenape iman nak g ke sana?? sebab kwn ibu ngan abah kawen.. nama acik tu.. acik apit.. ni abah ngan kwn2 abah la pgl.. nama btol dia hafiz tp sbb seme org dh pgl dia mcm tu sejak kat UTM lagi so jd la apit or kupik.. ape2 ntah kwn2 ibu ngan abah iman ni.. nama pelik.. dah la nama ibu iman jd 'gurlz' nama abah iman lak jd 'matleh' muahahahha x lalu iman nak sebut :p tu seme sbb dr dlu2 la.. masing2 de nama glamor masa blaja dlu2..


Iman ngan geng2 kwn ibu ngan abah gerak dlm kol 12 tghari.. kumpol kat tol gombak.. dlm 4 kete.. ibu dh sewa umah MBSA kat Awana Kijal.. wah sgt seronok jln ramai2 ngan kwn2 ibu ngan abah.. iman x nangis.. iman tdo dlm kete ngan tgk2 kete.. jln jem terok.. iman dh naik bosan tgu nak smp sana.. sib bek iman kewl aritu x wat hal huhuhu... 6 jam tu perjalanan.. sepatutnye abah ckp 3 jam je..
iman dah lapa ni ibu.. bila nak sampai ni.. jauh lagi ke.. ?

ibu, iman ni ensem tak? cepat ar tgk muka iman ni...

uncle kaylah.. ni pon nama glamor gak ni.. ajak berenti kat R&R Temerloh nak pekena ikan patin masak lemak.. wahhh.. iman tgk sodap je.. tp ibu x bg iman mkn.. smp meleleh air liur iman.. ibu ckp iman kecik lagi.. lom leh mkn ngan minum mende lain selain susu ibu.. tgu 6 bln baru ibu bg mkn mende2 lagi.. xpe2 iman saba je ni.. nanti iman bedal seme.. iman de kwn nama dia sofea.. anak uncle kaylah n auntie emy.. cun.. nanti leh ngorat kata ibu iman :p pastu iman de kwn lagi.. anak auntie ctut ngan uncle kuyu..hafiy ngan abg firdaus..acik ni pon nama pelik gak.. iman x tau la nak pgl ni ikhlas ke tak.. sbb ibu ckp.. mmg seme org x pakai nama btol.. n awal2 dlu ibu pon x tau nama btol dorg.. sbb dh pgl n bese pgl mcmtu.. ape2 je la org2 tua ni kn..

tgk.. iman dh meleleh air liur tgk ikan patin ni.. ibu lak x bg mkn.. ishhhh

smp kat awana kijal nye aprtment dlm kol 6 lbh sbb de berenti kat tol jabor.. sebabnye iman poo poo hehehe.. org len yg mkn.. iman lak yg poo poo hehehe pastu dh smp seme org check in.. pastu ibu, abah n iman g lawat awek iman kat kerteh.. umah auntie azie n uncle azman.. x jauh je dr umh rehat yg iman duduk tu.. dlm 15 minit.. iman jumpe syasya yg bam bam.. iman tumpang mandi.. masey syasya.. masa ni iman dh penat nak ngamok sbb letih jln jauh..penat ibu pujuk2 iman.. sbb iman dh bese tdo buai.. sian ibu iman.. ibu syasya masak kn dinner so abah ngan ibu makan.. masey byk2 ye.. pastu dlm kete.. iman menyusu ngan ibu smp iman terlelap.. smp je umah rehat tu.. iman smbg tdo smp le ke pagi.. syiok iman tdo dlm aircond hehehe.. ibu ckp bahaya ni nanti smp umh iman ngade2.. ishh ape la ibu ckp mcm tu.. :p

berenti kat tol jabor.. rehat jap.. auntie ctut, uncle cfoo ngan abah borak2.. iman ade kt abah.. x nmpk lak iman..

ibu ni.. tepi tol pon nak amik gamba.. iman dh x saba ni.. bila nak smp ni.. auntie ctut pon sama.. eh.. nape abg firdaus pndg iman semacam jek.. x puas ati ke..

syasya pandang je iman.. nak ngorat la tu..

iman tdo nyenyak.. abah pon sama.. ibu gak yg agak2 je tdo.. tu la pengorbanan seorg ibu.. :D

lepas mkn.. iman n geng2 ibu g awana kijal mandi kolam.. tp iman n ibu x mandi pon.. abah n kwn2 abah je.. jeles la.. xpe2 tgu la iman besa skit.. pastu g amik angin kat tepi pantai.. skenye.. sejuk tau.. kat ctu xleh mandi sbb ombak kuat sgt..

ni masa bfast.. masak sndiri sbb kt umh ni seme ade.. mkn megi ngan roti alas perot sbb seme kwn2 ibu malas nak kua..
kwn2 abah ngan abah yg mandi.. ibu ngan iman x dpt.. x pe.. tgu la iman beso nanti

ni iman ngan kwn2 ibu ngan kwn2 iman kat tepi swimming pool

iman g amik angin pantai jap.. syiok.. nanti kita dtg cni lagi ye ibu..

pastu iman siap2 g kenduri acik apit ngan kwn2 ibu.. dlm 5 kete.. sonoknye jln2 n g kenduri kawen.. iman penah g lagi.. best2.. masa ni iman dh ngantok tp iman tahan mata.. sbb iman nak cuci mata.. tp muka iman 'toyer' kata ibu.. ishhh ape la ibu ni.. sib bek iman x nangis tau..

ni la acik apit.. iman dh penat masa ni ngantok.. ape2 je la abah ngan acik apit ni buat.. iman dok layang.. iman nye mata dh berat..

ni la kwn2 ibu segerombolan.. ibu ckp dorg ni best n huru hara.. ibu pon kalo org tanye mcm ane leh kenal dorg.. ibu ckp.. 'long story...' ape ar ibu ni.. sbb iman ase ibu x keje ngan blaja pon ngan dorg seme ni... ish... tp sgt kamceng n huru hara seme

iman intai hapiy.. mcm ngantok je hapiy ni....

pas g kenduri iman dh nak mula penat sgt dah.. abah n ibu dh gelabah.. pastu trus gerak.. tglkn kwn2 lain sbb iman nak p umah mak long iman (akak abah) kat kuantan.. g sana jap ibu siram2 iman nye bdn sbb iman dh rimas.. ibu siram kat sinki jek.. sib bek iman power x nangis.. ish..ish.. pastu iman dh x senang duduk sbb iman x tdo lagi dr pagi tdo.. ape lagi saje je la nak test ibu n abah hehehe.. pastu x lama pon kat ctu sbb ibu n abah dh sian kat iman penat sgt.. pastu borak2 n mkn sata terus blk.. dlm kete iman trus tdo sambil isap susu ibu.. iman tdo smp la shah alam.. pastu iman bgn esoknye kol 8 pagi.. bila iman bgn je.. badan rasa segar sgt.. iman senyum2 la.. sbb tenaga iman dh ade blk.. :D
iman tdo nyenyak btol.. letih laa ibu.. smp minum susu pon iman bgn 2x je tu pon skit je minum sbb iman syok tdo..

tu la cerita iman seskit.. best tau jln.. nanti ibu n abah bwk iman jln2 lagi ye.. kwn2 ibu n abah sgt huru hara.. n sporting.. tgu la.. nanti iman buat club lak.. sahabatrimba jr. dengan kwn2 anak2 ibu lak.. :D

ok la.. smp cni dlu.. ibu ckp sng jln sbb iman bfeed ngan ibu.. x yah ibu susah nak pk nak bancuh susu.. tepi swimming pool pon iman leh bfeed ngan ibu sbb ibu dh pandai cover perot ekekeke.. ibu iman mmg best.. ok la yea nanti iman cite lagi kalo de cite best.. bye..

Wednesday, December 23, 2009

pengalaman 2 bulan 2 minggu susukan iman

alhamdulillah sehingga ke hari ini.. dah genap iman minum susu ibu sepenuhnya 2 bulan 2 minggu.. baru je lagi.. x lama mane lagi berbanding org2 yg dh berjaya susukan anak2 dorg 2 tahun.. kira dh leh wat graduation hehehe.. seme tu pembakar smgt tu... moga2 diri ini kuat,tabah.. dan cekal.. insylh.. baru setahun jagung lagi ibu iman ni.. byk lagi kena blaja n lalui..

tp masa peringkat awl pon dh ase cabarannye.. alhamdulillah berkat sokongan dari kwn2 n hubby diri ini berjaya lalui alhamdulillah..

antara cabaran yg ku telah lalui..

1. nipple luka - sakit sgt2.. sib bek sebelah je.. masa ni bila iman menyusu aku akan mengengam tgn ku dan mengetap bibir.. dan kaki ku ibu jari akan merengkot2 huhuhu sakit nye hanya Allah yg tahu... tp ku kuatkn smgt masa tu.. sambil pndg iman.. dlm ati ckp "kesian iman.. kuat kn smgt mu ibu.. cuba tahan n kuatkn smgt demi anak mu" lama tau sakit ni dkt smgu lbh.. kdg2 terkua la gak air mata ibu ni huhuh sbb sakit sgt2.. n org yg akan sentiasa ade d sisi ialah my hubby.. dia akan usap kepalaku n ckp saba.. huhuhu masa ni ase kuat skit la diri ni :P

2. bengkak susu - wahhh.. masa ni 1st time kena.. bdn tetiba mengigill seyes x penah mcm ni.. smp hubby pon terjaga n riso mlm tu.. suhu pon tgi (sbb de termometer iman so leh la tau suhu bdn) dh slimut tebal pon still mengigill mmg x leh cite r asenye mcm ane..

3. pam letrik rosak - wahhh ni la cabaran.. terpaksa guna pam manual selama 2 mgu sb x sempat nak amik bila dh hanta repair.. tp alhamdulillah hasil tenusu ok.. lenguh gak la hehehe..

4. kena korbankn masa tdo - kena bgn dlm kol 3 atau 5 pagi pam.. ni masa dlm pantang la.. susu tgh byk so kena pam.. kalo x nanti bdn gigil lagi huhuhu.. pastu dh la masa tu pakai manual nye pam..

5. kena rajin pam n curik masa - masa g blk ganu pam dlm kete sbb iman x nk bgn.. kalo x pam n kurgkn masa pam nanti susu akan kurang sbb susu supply on demand.. so ibu iman x leh malas huhuhu

asenye tu la dlu.. yela sbb br lagikn.. pjg lagi masa nak kena lalui..


ni nak share skit.. ske ngan info ni amik dr cni tuan rumah saya amik ye.. utk d kongsi bersama.. :D


If you plan to breastfeed, make sure you:
  1. Learn a lot about breastfeeding, from the right sources. To find the right source ni agak tricky jugak. Sometimes nurse kat klinik pun taktau apa2 tentang exclusive BF (Sori ya nurse..).
  2. Make good networking with breastfeeding moms. Reading alone won’t help, unless you don’t face many problems to breastfeed during the early days.
  3. Know what to expect when you breastfeed… Sorenipples, engorgement, etc.
  4. Know where to go when you face problem. Definitely not your makcik who never breastfeed her babies. Go to LC or any friends who experienced it.
  5. Smart enough to differentiate between ‘excuses’ to not to BF and the true things those make you fail to BF.
  6. It’s from you. Say you want to BF. Not you have to BF. Don’t stressing yourself out just because your friends BF, and you don’t want to be called ‘a lousy mother’. Every mother wants to give the very best to her baby, ain’t it?

Things won’t make you fail to breastfeed:
  1. You don’t produce milk during the first few days. It is perfectly normal.
  2. You undergo c-section.
  3. You give birth to a boy (There’s a myth says that a baby boy’s mother can’t breastfeed cos the milk won’t meet the baby’s demand).
  4. You don’t have ‘urut lancar susu’.
  5. Your baby has jaundice. Breastmilk jaundice is normal, bukan sebab susu tak serasi dengan baby.
  6. You don’t produce milk during pregnancy.
  7. You didn’t do breast and nipple exercise during pregnancy.
  8. You have small breast.
  9. You have inverted, flat or small nipple.
  10. You don’t eat any lactogenic food.
  11. Your mom, sisters, makciks, bini Penghulu Kampung failed to breastfeed.
  12. Your baby cries out his lung.
Breastfeeding is…
  1. Natural BUT needs effort.
  2. The best beat for your baby.
  3. Supply vs demand concept. The more the demand, the more the supply.
  4. A commitment.
  5. FOR YOU! Yes, YOU!

Breastfeeding is not…
  1. Only for this and that type of mothers.
  2. Only for lucky mothers.
  3. Only for mothers who have normal deliveries.
  4. Only for mother who claims she wants to give the best for her baby.
  5. A luck. It’s an effort.
  6. A magic potion that makes your baby a superhuman.

Are you willing to…
  1. Keep on breastfeeding despite your baby cries, wind, gets jaundice, unwell, etc.
  2. Pekakkan telinga, butakan mata on any unsolicited advise.
  3. Lose good night sleep for night feeding.
  4. Sacrifice some of your working hours to pump.
  5. Take a very good care of your food intake to ensure a high quality breastmilk.
  6. Be in deep worry when your milk supply turns haywire.
  7. Labelled as this and that, just because you wanna give the best for your baby.
  8. Fill your freezer EBM stocks.
  9. Telan anything on Earth to boost up your milk supply.
  10. Berkejar ke sana sini cari pertolongan when problem arises.
  11. Perkara yang boleh membawa depresi ialah drop in supply.
  12. Bring all your pumping gears when you go outstation.
  13. Have your blouse wet just because you forget your nursing pads.
  14. Tahan your breast bengkak when the baby is not with you and you don’t bring breastpump and you don’t know how to express by hand!
  15. Face the ouch! of cracked nipple, engorgement, biting babies, etc.
  16. Learn.
  17. Breastfeeding in public.

Do you think you’re ready to breastfeed? Think again ...

smp cni dlu sharing kali ni.. sesape yg de tips meh la share.. utk kuatkn smgt sesama kita.. mmg ase teruja kalo dpt kenal ngan mereka yg dh berjaya susukn anak 2 thn atau lbh.. n lg 1 kn.. mereka ni mmg sgt2 pemurah dr segi ilmu n pengalaman.. n ske membantu pd org2 yg baru mcm ibu iman ni.. ramai pakar laktasi ske n akan tlg org2 yg perlukn ilmu mcm ibu iman ni.. dorg bg consultation secara percuma.. coz aku slalu gak sms ngan pn. rita if de problm pasal bfeeding ni.. n dia reply.. sgt baik tau dia pon dh femes kat mjlah pa&ma..

seronok tau kalo dpt tarik org utk join da club sbb susu ibu ni sgt2 bagus.. masih x ramai lagi yg dapat pendedahan.. kalo g klinik pon 1st soklan yg akan doktor tanye "bg iman susu ape?" bila aku jwb susu ibu je.. oo x pe2.. bg iman susu ibu byk2 insylh cpt sembuh ni.. :D

lg 1 sgt2 menjimatkn.. sbb susu ibu susu free.. hehehe

Iman in white

meh kita tgk aksi iman..

smlm cilok camera opis pastu snap la gambo iman.. slama ni pakai camera hp yg x best tu je.. cian iman.. yela camera ibu rosak.. lom de duit nak bli lgi huhuhu.. dh ar nak kena baya duit lak utk amik kunci mgu dpn.. umah ibu kat setia alam dh siap ar iman.. yea..yea.. nanti kita ajak abah g tgk ye umah ibu tu... :D so duit yg simpan nak bli camera tu kena d salurkn ke ctu huhuhu... xpe la.. nanti ibu kumpol duit blk yea bli camera... leh amik gamba iman yg makin membesar bagai johan ni.. minum susu ibu punya lah kuat dak boolat ni.. dlu 2oz stgh kata my sista.. skrg dh jd 3 stgh oz.. mak aikh...

td blk sat.. tgk iman tdo.. lama kata dorg iman tdo dr kol 10 smp la dkt kol 12 tghari.. pastu td dia bgn..main2 kejap dlm stgh jam.. aku pon susu la kn iman direct.. lepas kenyang dia leh smbg tdo blk.. wahh!!! mane x debab dak ni... pas tdokn iman.. ku g keje blk.. tgu ye.. ptg nanti ibu blk.. :D


tuka baju.. abis basah bju air liur nye pasal.. ishhhh...


budak debab dagu dh 2 layer..

ske masukn tgn dlm mulut.. bkn jari.. tp semua tgn kalo leh nak d sedut.. kalo x dpt dia nangis.. ape daaaa anak ibu ni..


muka mu sebulat bola.. :D


dia ni mmg x leh dok diam.. kalo pgg kayuh2.. diam kalo tdo jek.. ligat btol.. kalo tgk lagu raihan 25 rasul.. kat youtube x berkelip mata.. siap mulut kumat kamit.. ishhh.. sbenanye iman ni 2 bln ke?? ke ibu tersilap kira hehehehe


bersandar pon kaki dia goyang-goyang.. seminit x leh dok diam..

sedap tau isap jari ni.. kata iman..

wahh!!! terkejut saya... ibu ni amik gamba x bgtau :p


dah penat main.. tdo la plak.. lidah tersentil.. muahahahaha iman..iman..

ok.. smp cni dlu.. leh update kejap2 je.. sbb susah nak de masa.. taq kengkwn pon de yg x terjwb lagi.. insylh de masa akan d bayar :D ni pon masa rehat dpt la jengah kejap cni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...