Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Thursday, February 2, 2012

SARA - Skim Amanah Rakyat

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) merupakan suatu Skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 daripada institusi kewangan terlibat untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB)*, dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

Skim ini dilancarkan pada 12 Januari 2012.


Siapa yang layak?

  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  2. Pemohon mesti mempunyai pendapatan kasar isi rumah antara RM500 hingga RM3,000
  3. Pemohon tidak muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  4. Syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh bank
  5. Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB:
    • Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
    • ASB Sejahtera; dan
    • ASW 2020 Bandar
  6. Pemohon dan /atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  7. Status akaun unit amanah ASNB tidak bermasalah
  8. Permohonan adalah tertakluk kepada agihan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I sepertimana yang telah ditetapkan dan sekiranya masih ada:
    • Bumiputera - 50%;
    • Cina - 30%;
    • India - 15%; dan
    • Lain-lain - 5%
  9. Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  10. Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja


sape yg layak jgn lepaskn peluang ini..

Tuesday, December 28, 2010

Entry Santai

fuhh.. fuhhh.. berabuknya blog saya ni :D
lama sgt x update.. sbb kekangan masa.. mmg ati ni nak sgt update n cerita.. wpon xde la best sgt pon ceritanye hehehe

lagi 3 hari nak masuk tahun baru.. masa sgt pantas.. kan... dlu masa mengandungkan Iman rajin update sbb bila kat rumah sesorg suami keje xde pe sgt nak buat.. leh la ngadap pc update.. skrg ni xde masa dah.. lagi la sejak iman hanta umh bb sitter mmg seme kena buat sndiri.. bila hubby cuti br la lega skit ade org tlg bantu uruskan iman n keje rumah.. fuuuhh!! sape kata jd seorg ibu bekerjaya x penat?? meh cni sekeh ahahahaha lagi saya ni mak yong skrg.. :p suami lak keje shift kn.. xpe la tu bahagian saya.. ada lagi org yg lebih mencabar.. skit je ni kn.. (sedapkan ati sndiri )

sbenanye entry ni santai je.. sbb x tau nak mula dari mane.. sbb dh byk sgt perkara dh lepas.. secara x sedar, dh 32 minggu kandungan saya ni.. dlu kan slalu kira tau.. masa Iman la.. yela anak sulung excited lebih.. so sape yg jd anak sulung tu patutnye berbangga.. sape kata anak sulung x best? sbenanye anak sulung la best sbb masa tu mak ayah excited.. brg2 seme baru.. masa mengandung d jaga ngn baik.. kan.. bila dh masuk kedua pastu rapat lak.. ase mcm x pasan je hehehe tau2 dh masuk 8 bulan.. pastu kira pon kdg2 lupa ehehehe

Mungkin faktor masa kot.. ngan sibuk nye.. tp apepon ibu tetap sayang anak2 ibu.. cuma sbb dari seorg nak masuk ke 2 orang tu xde pengalaman tu yg kdg2 terabai skit hehehe xpe dh kua nanti ibu syg sama2 xde belah bagi InsyaAllah..

Alhamdulillah diberi kesihatan.. dan kalau boleh nak mintak tenaga tambahan kadang2 sbb nak menguruskan rumahtangga n anak n diri sndiri ni haaa... kdg2 ade org ckp "ko kuat.. ko bagus.. ko rajin" huhuhu seme tu dr luaran.. dalaman saya seorg wanita yang biasa dan kadang2 lemah juga cuma mungkin dari luaran x nampak.. (buat2 tabah la ehehehe) walau bagaimanapon saya sgt bersyukur dengan segala ape yg Allah bagi pada saya sehingga ke hari ini.. Alhamdulillah..

ok la cerita skit xtvt bulan disember.. nak crita yg lepas2 byk nanti la slowly flash back :)
baru2 ni ade kursus di Penang, saya angkut skali Iman n family (mak, ayah, adik kembar) sbbnye hubby keje x dpt cuti.. nak tglkn Iman x mungkin sbbnye 3 ari.. tidakk saya x mampu n x kuat utk berpisah dgn Iman lama.. cukuplah skali aritu 1 mlm tanpa Iman sbb kena p Kem huhu bkn Iman x bleh tdo.. tapi KAMI (ibu Iman dan Iman) tak boleh tdo mlm d buatnye..

x pernah pon samp Penang kesian kan ehehehe so ajak la family p holiday skali dan dorg leh tgk2 kn Iman masa saya gh berkursus.. dan kenapa saya x nak tglkn iman?? SBB IMAN MASIH MINUM SUSU IBU DIA SAHAJA :D Iman x mo susu lain penat pujuk hehehe x pe la syg.. wpon susu ibu x semeriah dlu sbb ibu mengandung tp selagi Iman masih mahu susu ibu dan ibu d beri keizinan dari NYA ibu akan bekalkan susu utk Iman ye sayang... wpon byk suara2 sumbang d luar sana ehehehe dan ape yg ibu buat ini bkn suka2 tp telah d rujuk kepada yang pakar.. ecehhhh ehehehe

anak bujang saya dh besar.. mcm x percaya..

ni maksu kembar kesayangan iman.. maksu hana dan maksu hani teman bergusti


mcm ni la kalo sruh senyum amek gamba.. aishhhh


1st time naik feri.. Iman teruja.. teringat kat abah yg x dpt ikut ke syg....?


amek angin ptg d pantai batu feringgi sambil mkn rojak buah.. sedap.. mak n ayah yg sentiasa d sisi ketika suami saya xde sibuk mencari rezki


Iman teruja.. smp x nak blk..

seronok jugak p penang.. jln2 tepi pantai.. makan-makan.. wpon x byk sgt tempat pegi sbb kesuntukan masa.. siang seharian kursus pastu tambah lagi sehari je utk jln2.. Iman mmg enjoy.. siap mandi swimming pool lagi ngan maksu kemba dia masa ibu bz.. jerit2 suka.. smp tok ma dia ckp.. xde dga suara menangis pon.. jerit2 suka je.. abis dia lanyak maksu kemba dia.. bkn dia yg kena lanyak.. aishhhhhh masuk Penang kami naik feri.. blk lalu jambatan.. kekonon nak rasa dedua la.. blk kami lalu teluk intan sbb mak nak p sabak bernam shopping ikan fresh pastu singgah jengok adik kat politeknik sabak bernam.. perjalanan alhamdulillah lancar n seronok :D


ujg minggu lepas p check up.. ikutkn kena minum air gula sbb kg dh terlebih ahahha adehh la.. salah sape?? doktor kata bb berat biasa.. so sape yg berat skrg ni?? jeng jeng jeng ehehehe takut diabetes je.. so p la minum air gula.. sib bek sodap mcm ais krim soda snn de gas cuma manis ar.. sbb klinik private kan.. dlu pnh minum kat gov adehhh putih mato den d buatnye hehehe masa zaman Iman dlu.. pastu kali ni darah merah saya kurang.. doktor cek tp lom dpt result.. riso gak ni..

ni la air gula yg sedap itu

Masa jpe doktor.. dia ade advice 1 vaksin utk Iman.. mgu lepas.. opismate saya telah kehilangan anaknye berumur 2 tahun sbb jangkitan kuman.. dia pon slalu bwk anak p jpe doktor yg sya check up ni.. doktor cerita la.. punca nya sbb bisul.. dan bisul tu kan kuman.. bakteria ni mudah merebak pada kanak2 usia bwh 2 tahun dan warga emas.. bakteria yang ada pada kwn anak saya tu telah merebak ke paru-paru dan menutupi paru-paru dan terus merebak ke otak.. 2 hari koma hanya mengharapakan mesin.. dan akhirnya Allah telah menjemput adik tersebut.. sedey sgt sbb arwah kanak-kanak yg aktif..

Doktor bg risalah n terangkan pada saya utk Iman.. dan sehari selepas jpe doktor.. saya dpt khabar anak kawan saya tu telah meninggal dunia.. sedey.. slalu nmpk dia lari2 n main2 kat opis.. mungkin telah tertulis Allah lbh sygkn dia..

ni la risalah yg doktor bg..

Bakteria tu cpt merebak pada kanak2 n warga emas sbb antibodi dorg x kuat.. dan saya br teringt ada sepupu saya juga kena jangkitan bakteria yg sama asalnye batuk n tonsil.. dia koma beberapa hari tp alhamdulillah dia sihat skrg.. umur 10 tahun.. mungkin antibodi dia kuat dan dapat melawan bakteria tu.. takut kan.. persekitaran kita tak selamat mcm zaman atok nenek kita dlu dan kita pon mkn mcm2 dr makanan jugak seme tu berpunca.. saya dan hubby decide nak amik vaksin tu utk Iman.. kita hanya berusaha.. ade kua iklan kat TV promo vaksin tu..

alamak pjg berjela plak ehehehe.. nanti de masa update lagi eh.. ni pon curik masa lunch hour sbb x p mane2.. :D

sedikit info mengenai penyakit Pneumokokus
' penyakit pneumokokus (disebut neu-mo-kokus) berpunca daripada bakterium Streptococcus Pneumoniae. Terdapat hampir 90 jenis serotip pneumokokus. Kebanyakkannya mengakitbatkan penyakit ringan sahaja tetapi ada segelintir yang mampu menyebabkan jangkita-jangkitan yang invasif. Hampir 62% penyakit invasif di dunia berpunca daripada 10 jenis serotip yang biasa.

Streptococcus Pneumoniae boleh menyebabkan jangkitan pada rada selaput otak, jangkitan darah, jangkitan paru-paru dan jangkitan telinga pertengahan. Beberapa penyakit ini boleh menjadi serius terutamanya untuk kanak-kanak.

Thursday, June 17, 2010

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Assalammualaikum..
ini ada sedikit perkongsian yang saya dpt dari sini : www.mypositiveparenting.org.

Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.

Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.

Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik!

Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:

  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.


Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.

“Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan

Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:

Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak

Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya

ibu iman : semoga kita semua diberi rezki dan tabah dlm ape jua dugaan dan cabaran utk memberi yg terbaik untuk si comel.. Insyaallah.. :D

Wednesday, June 2, 2010

EBM yg terpaksa di buang

ahad lepas.. kemas2 peti ais.. lama dh nk kemas stok EBM iman ni tp x buat2.. bz la kunun.. akhirnya.. terpaksa gak buat.. terpaksa buang stok EBM iman yg agak byk hampir 20 lbh plastik.. setiap 1 tu dlm 60z :(

Iman x mo dh minum ebm dan dia mmg xnak dh botol.. dia akan tgu ibu dia blk keje dan dia prefer minum air masak dlm cawan yg ibu bli utk iman.. alhamdulillah dia dh mkn so leh la alas perot dia.. ibu buatkn puree tak pon bubur dan iman ske mkn biskut farley's

iman agak susut sbb dia kurg susu dan dia sgt lasak.. tp bdn dia pejal.. keras ar.. agak x larat gak ar dukung lama2.. keje mmg sgt byk dak tecik ni..

apepon ibu iman tetap pam kat opis wpon iman x mo minum dari botol.. sbb bila dia amkn biskut mak lang iman akan lembutkn guna susu ibu.. at least iman masukn jugak susu ibu dia ni dlm perot :D tp kalo weeknd dia mmg melekap la ngan ibu.. wpon iman x mo botol tetap pam gak utk terus susu produce.. 'milk supply on demand' so mesti pam jugak.. x mo jd istilah susu x de n kering wpon iman x mo minum ebm.. lunch blk umh mak jap susukn iman.. alhamdulillah iman masih susu badan secara penuh tanpa susu formula.. mlm dia mmg melekap gak ar.. mlm dia blasah abis2 BF

ni la ebm yg d buang sbb de yg dh expired..

bykn gak.. syg nak buat tp nak wat mcm ane.. iman minum susu ibu yg fresh bak kata org tp bkn minum mcm tu je dr botol tp campo ngan biskut farley's

mcm2 iman ni penin ibu.. pastu cepat jemu kalo mkn bubur je.. ibu dia ni la dok pk resepi utk iman.. de wat kentang lenyek campo brokoli la.. ape2 je la lagi.. ni tgh nak bli buku wardina resepi utk si comel yg akan d launch sabtu ni kat MPH midvalley.. kalo xde aral nak p ar jengok sat.. leh jpe wardina n bli buku tu :D



ni la buku yg best tu.. :D

Last week de pm kt Face Book PA wardina tanye pasal launch buku ni n kol bape wardina akan ade.. dia ckp ari Sabtu (5 Jun 2010) Jam 4.30pm - 5.30 pm di MPH Midvalley.. murah je buku tu.. RM 19.90 ibu2 yg pening x tau nak pk pe resepi leh la bli buku tu utk rujukan..

tarikh tu hubby keje.. tp akan cuba gak la kalo xde aral nak p sana bli buku n jpe wardina insylh :D

Tuesday, April 20, 2010

Makanan Iman

iman dh tdo.. arini dia tdo awal.. leh wat mcm2 keje hehehe..
blk td trus masak utk org dewasa (abah iman + ibu iman + mak sedara iman) lepas settle mkn n wat ape yg patut.. iman pon dh tdo.. ape lagi.. cargas la ibu prepare makanan utk iman pulak..

skrg ni seronok main msak2 kat dapor hehehe sbb iman dh mula mkn solid food.. pastu dia ske btol mkn ape yg ibu bekalkn n masak sndiri.. mula2 aritu de la bli nestum cerelac.. tp iman mkn sekali jek.. pastu x dh sbb dia lg prefer ibu masak dari air tgn ibu hehehe.. susu pon dr susu ibu.. anak ibu kn.. hehehe

makanan yg slalu ibu buat utk iman.. bubur nasi.. bubur tu ibu tuka2.. kdg2 campo ayam + bayam, x pon ikan bilis + carrot.. x pon brokoli.. supaya iman x jemu n selera nak mkn.. saje ltk ikan bilis supaya ade rasa.. sbb baby bwh umur sethn x sepatutnye d beri makanan bergaram sbb buah pinggang dorg masih lom kuat utk proses garam tu.. lgpon ikan bilis kn byk khasiatnye.. so jd sedap la bubur iman ni.. smpkn my sis yg jaga iman pon tumpang mkn skali sambil suap iman hehehe

selain tu iman ske mkn apple puree n pear puree.. dia slau mkn waktu pagi.. mmg dia ske btol.. pear plg dia ske.. sbb manis.. apple tu masam2 manis.. nak try gak buat pisang ke.. betik ke.. leh tuka2 selera iman.. makin bam bam la anak ibu nanti...

meh kita tgk gambo2 ibu iman tangkap masa prepare makanan utk iman..

ni apple n pear ibu bli.. lom proses lagi ni..

ni lak bahan nak wat bubur iman.. sblh tu ice cube.. leh simpan puree dlm tu utk seminggu simpn dlm freezer.. ade org tanye ok ke simpan smgu?? ermm logiknye kita pk mcm ni jek.. yg jual makanan baby dlm botol tu lagi lama.. x tau bile dorg buat.. n x nmpk pe bahannye.. so.. renung2kn :D


ni sblm jdkn puree rebus kejap campo air bg lembut..


pastu carrot tu d blend.. iman leh mkn campo ngan susu ibu..


ni puree apple n pear.. terlebih lak.. 1st time buat x pandai nk budget hehehe pehtu ibu mkn sndiri.. nyum2


ni bubur iman.. lps masak ibu blend.. sbb iman kn kecik lagi.. blend bg halus sng iman mkn..


banyak koleksi resepi utk baby.. leh dpt kat tenet.. kat cni pon byk "resepi baby" kadang2 kn takut baby kita jemu.. so ibu2 ni kena la blaja resepi yg sesuai utk dorg ikut umur.. mcm kita la org beso kdg2 jemu mkn yg sama jek.. :D

ok smp cni dlu..

Thursday, April 15, 2010

Permasalahan Susu Formula

Assalammualaikum..

ni nak share skit info.. dapat dr e-mail.. sbenarnya sblm ni byk kali dh denga isu-isu pasal susu tak dpt pengesahan halal dari JAKIM..

ni dpt dari e-mail yg tlh d tanye pada JAKIM..



tanye kat member.. susu SIMILAC tu yg mane?? seyes mmg buta susu formula.. setin bape pon x tau.. mmg xde input lgsung :p selama anak 6 bln ni alhamdulillah la jimat duit x pernah bli susu formula.. tp akan dtg xtau la.. rezki seme d tgn Allah :D moga2 lama la rezki Iman susu bdn Insyaallah..

susahkn skrg bukan kata susu je.. mcm2 mende la kena hati-hati.. byk sgt yg d ragui.. tp skrg sng.. tanye je online kat JAKIM kejap je dorg dh reply alo kita ragu2 pasal makanan.. mmg tabik la servis dorg ni..

saje nak share.. ok smp cni dlu..

Wednesday, April 14, 2010

Kempen Kami Prihatin

Ahad lepas aku tgk tv.. tgh main2 ngan iman..
skali kua lagu kami prihatin... 1st time tgk.. terus air mataku berjujuran :=(
seyes x leh nak tgk ar video clip lagu ni.. sedey.. mmg skrg masalh buang bayi ni terlalu byk.. sedey tgk gamba2 bayi2 yg x berdosa ini d tong sampah.. apa dosa mereka??

dimanakah perasaan kasih dan sayang kita??
manusia atau binatang kah mereka yg melakukan semua ini??
moga2 mereka ini di berikan petunjuk dan hidayah..
takutkan sekarang ni mcm2..


Ya Allah lindungilah anak-anak kami..
jauhilah mereka dari perkara-perkara sebegini..
jadikanlah anak-anak kami dan saudara-saudara kami diantara mereka yang Engkau redhai dan lindungi.. serta bertaqwa dan terpelihara dari melakukan berkara-perkara sebegini
ampunilah mereka-mereka yg telah melakukan kesilapan..
berikanlah mereka petunjuk..
ampunilah segala dosa-dosa kami secara sedar dan tidak sedar yang telah kami lakukan..
kami hamba Mu yang sgt lemah..

Amin...




ni liriknya

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan

Wednesday, September 2, 2009

Tips berpuasa bg ibu mengandung

Assalamualaikum...
kat cni nak share tips lagi utk rakan2 seangkatan :D
Alhamdulillah dh hampir 12 hari kita menjalani ibadah poser.. moga Allah menerima ibadah puasa kita seme.. :D

Artikel ni dpt dr seorg doktor di Hospital Bentong, Pahang... meh sama2 kita baca.. mane yg boleh kita jadikan panduan bersama..

``Bertuahnya puan saat ini,'' kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang diperiksanya.
``Kenapa doktor?'' balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu.
``Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptanya,'' jelas doktor.

Maka, tidak hairanlah, meski sedang hamil atau menyusui bayi mereka, tidak kurang ibu-ibu yang tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa.
Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, solat tarawih, iktikaf dan memburu malam lailatulqadar yang lebih baik daripada seribu bulan.

Justeru, pelbagai alasan diberikan sekalipun mereka diberikan ruksah (keringanan), diperboleh meninggalkan puasa sekiranya keadaan tidak mengizinkan sekarang. Menurut mazhab Syafie, wanita hamil dan menyusui bayi apabila khuatir mengalami bahaya maka mereka wajib berbuka, tidak payah berpuasa. Dan dalam keadaan ini mereka hendaklah mengqada puasanya kelak.

Antara alasan yang diberikan ibu-ibu, mereka berupaya untuk melaksanakan tuntutan itu. Ada juga yang menyatakan, mereka enggan menggantikan puasa pada waktu lain, kerana tiada kawan. Pendek kata, mereka ingin mengambil peluang berpuasa penuh tanpa adanya halangan haid jika di luar kehamilan.

Namun, ada juga ibu-ibu yang berdegil untuk tetap berpuasa dan nekad untuk tidak berbuka sekalipun sudah menunjukkan gejala hipoglisemia/kekurangan gula dalam darah seperti pening, loya, gementar dan pitam atau pengsan.

Mereka menangguhkan masa untuk berbuka ``Tunggulah setengah jam lagi.'' Betapa besarnya berpuasa sebulan penuh bagi mereka.

Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru, Johor, Dr. Noor Aini Saari berkata: ``Ibu-ibu yang terus memaksa diri untuk berpuasa tanpa menimbangkan keadaan kehamilan itu sebenarnya sedang membahayakan fetus/janin sendiri. Malah, janin juga boleh terkena hipoglisemia, kekurangan zat gula, kalori dan zat makanan/nutrisi yang berguna untuk pertumbuhannya,'' katanya. Tambah beliau: ``Kasihanilah anak-anak yang di dalam kandungan. Segala keberkatan tidak bermakna apabila zuriat kita tidak sihat.''
Menurutnya, kehamilan bukanlah sejenis penyakit tetapi keadaan fiziologi yang boleh dialami oleh mana-mana wanita. Jadi, apabila tidak ada masalah kesihatan pada si ibu mahupun janin dan berada di bawah pengawasan doktor, mereka dibolehkan berpuasa seperti biasa. Sebaliknya, bagi kehamilan bermasalah sebaiknya tidak berpuasa. Untuk memutuskan sama ada seseorang ibu itu perlu berpuasa atau tidak sangat bergantung kepada keadaan nutrien ibu, sekali gus memenuhi gizi/zat makanan janinnya. Dalam kata lain, soal nutrien harus mendapat perhatian yang serius di kalangan ibu-ibu hamil. Perlu juga diingat ketika hamil seorang ibu selain harus memikirkan keperluan dirinya sendiri, juga janin yang sedang dikandungnya.

Apabila diajukan kebimbangan ibu-ibu yang bayi mereka lapar jika terus berpuasa, terutamanya bagi yang melalui pengalaman sulung mengandung, Dr. Noor Aini menjelaskan:
``Ibu hamil yang menjalani ibadah berpuasa tidak perlu bimbang kalau-kalau janinnya kelaparan. Ini kerana, jika janin memerlukan makanan, ia secara automatik akan mengambil gizi dari tubuh ibunya yang dibekalkan sepenuhnya melalui plasenta/uri,'' ujar beliau.

Beliau turut menarik perhatian bahawa, proses nutrisi yang optimum sebenarnya bermula sejak seseorang ibu itu berada di zaman kanak-kanak lagi. Seseorang yang mempunyai tabiat pemakanan yang sihat sejak dari awal, akan mempunyai status pemakanan yang amat bagus dan mempunyai bekalan yang cukup sehingga ke awal kandungan. Dengan meneruskan tabiat ini, beliau bukan sahaja dapat mengelakkan kekurangan nutrien, malah beliau juga akan memastikan anak di dalam kandungannya sentiasa sihat.

Pada masa yang sama, kata Dr. Noor Aini, ibu-ibu yang mengalami kekurangan nutrien di dalam pemakanan, akan menyebabkan tumbesaran bayi di dalam kandungan bermasalah. ``Semua bekalan yang ada di dalam tubuh badan ibu akan diambil sepenuhnya oleh janin yang sedang membesar. Ini akan menyebabkan ibu-ibu ini semakin tidak sihat.

``Jika beliau tidak mengubah tabiat pemakanannya, anak yang di dalam kandungan juga akan turut terjejas,'' katanya sambil menambah, kekurangan makanan berzat walau sedikit pun akan menjejaskan kesihatan mereka berdua.

``Pada masa yang sama, kita tidak perlu makan untuk dua orang. Terlalu banyak makan dan nutrien juga akan mengundang musibah,'' tambahnya.

sumber gambar : kat cni

Perkembangan janin
  • Janin akan mengalami berbagai-bagai fasa pertumbuhan seperti hiperplasia (pertumbuhan sel), hypertrofi (pembesaran sel) dan juga pengkhususan sel sehingga minggu kelapan.
  • Janin ini juga bergantung sepenuhnya kepada nutrien ibu. Nutrien juga amat penting untuk memastikan pertumbuhan plasenta yang sihat.
  • Setiap organ mempunyai masa pertumbuhan kritikalnya yang tersendiri. Contohnya, otak mempunyai pertumbuhan kritikal semasa minggu ke-18 kandungan.
  • Kekurangan nutrien akan menyebabkan kekurangan sel otak, merencatkan pertumbuhan serta perkembangan otak.
  • Pertumbuhan dan pembesaran bayi akan berkembang dengan pesat pada minggu ke-12 hinggalah ke minggu ke-36 dengan pertumbuhan maksimum pada fasa trimester ketiga.

Puasa mengikut trimester
Sepanjang tempoh kehamilan normal 40 minggu dibahagikan kepada tiga trimester, setiap trimester mempunyai lebih kurang 13 minggu. Semasa di awal kandungan iaitu bulan pertama hingga ketiga, ibu hamil sentiasa mengalami gejala mual, pening dan muntah yang kerap, sebaiknya tidak berpuasa. Pada masa ini, bayi amat memerlukan nutrien dan kalori yang amat tinggi daripada ibu. Sekiranya anda tidak mengalami masalah di atas, anda bolehlah berpuasa.

Semasa usia kandungan trimester kedua dan ketiga, keperluan protein, kolesterol, lemak, vitamin dan mineral meningkat dengan mendadak. Makanan yang seimbang dan mencukupi akan juga membekalkan tenaga yang cukup bagi memenuhi keperluan janin dan plasenta. Sepanjang tempoh ini, sebahagian besar tenaga disimpan di dalam bentuk glikogen dan lemak.

Jadi tidak hairanlah, mengapa ibu yang kurang pemakanan biasanya mempunyai bayi yang kurus manakala fetus daripada ibu yang obes dan berlebihan nutrien, lazimnya gemuk.

Ketika kandungan berusia enam hingga sembilan bulan, janin mula menghasilkan insulin untuk mengubah glukos ke bentuk glikogen dan lemak yang menyumbang kepada berat badannya. Ketika berpuasa, ibu mengalami keadaan hipoglisemia selama beberapa jam terakhir berpuasa. Keadaan ini juga menyebabkan bayi tersebut mengalami keadaan yang sama dan akan menggunakan semula bekalan yang telah disimpan. Seelok-eloknya, jika ibu ingin berpuasa, masa yang paling sesuai adalah semasa kandungan berusia empat hingga enam bulan. Ibu-ibu dinasihatkan agar sentiasa mendapat pengawasan daripada doktor.

Ibu-ibu yang mempunyai penyakit seperti di bawah disarankan agar tidak berpuasa:
* Morning sickness yang teruk; ibu-ibu ini sentiasa lemah, mual dan mengalami dehidrasi/kekurangan air dalam badan. Semasa peringkat ini, ibu-ibu lazimnya kurang mengambil makanan atau minuman, apatah lagi yang berzat tinggi
* Penyakit kronik seperti diabetes mellitus, darah tinggi, penyakit buah pinggang dan sebagainya. Pesakit-pesakit ini biasanya memerlukan rawatan seperti insulin atau ubat-ubatan lain. Tanpa ubat-ubatan, tumbesaran dan perkembangan bayi di dalam kandungan, serta kesihatan ibu akan turut terjejas
* Anemia/kekurangan darah semasa mengandung
* Oligohidramnios (air ketuban/mentuban yang sedikit/kering)
* Pesakit jantung
* Tumbesaran bayi yang terencat
* Mengalami perdarahan semasa mengandung.

Panduan pemakanan ibu hamil sepanjang Ramadan
Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.

Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.

Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.

Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.

Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayursayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.

Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.

Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan
* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral
* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin
* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda
* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin
* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin
* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik
* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat
* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari
* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. Ibu menyusu

Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam. Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu.

* mungkin ade info yg lbh kurg sama ngan post yg sblm ni.. mayb kat ctu menguatkan lagi fakta yg tertulis dlm 2 artikel ni.. so renung2kn dan selamat beramal hehehe.. selamat menyambung ibadah poser seme..

Friday, August 28, 2009

Panduan berpuasa untuk ibu mengandung

Sempena Bulan Ramadhan ni.. nak share tips n panduan utk rakan seangkatan ngan diri ini.. :D
setiap bakal ibu (lagi2 la mereka yg bakal sambut cahaya mata pertama) akan cuba berikan yang terbaik utk si comel.. di samping kena jugak jaga diri utk diri sndiri.. meh sama2 kita share ape yg ade.... Moga serba skit boleh d jadikan panduan kita bersama Insyallah..


Seseorang itu tidak seharusnya menjadikan kehamilan sebagai alasan untuk makan secara berlebihan terutamanya semasa bulan Ramadan. Piramid makanan boleh dijadikan panduan bagi mendapatkan pemakanan yang berzat dan seimbang. {mosimage}Pengambilan makanan dari pelbagai jenis makanan dan juga kuantitinya amat penting. Agar ketahanan tubuh cukup kuat, ibu harus mengutamakan makanan yang mempunyai nilai kalori dan protein yang tinggi seperti daging. Ia juga menyebabkan perut lambat berasa lapar.

Bagaimanapun, tuntutan pertambahan kalori tidaklah setinggi tuntutan nutrien lain. Elakkan pengambilan karbohidrat dan gula kerana ia hanya menambah kalori. Serat dan sayur-sayuran jangan pula dilupakan.

Banyakkan minum air dan susu untuk memenuhi tuntutan harian sebanyak dua hingga tiga liter sehari. Jika tidak mampu, minum air kosong sahaja, bolehlah dicampur jus, sirap dan sebagainya.

Minumlah air sepanjang malam dan sekiranya ibu-ibu hamil kerap membuang air kecil, ia petanda baik yang menunjukkan bahawa, seseorang itu tidak mengalami dehidrasi.

Air amat diperlukan oleh bayi dalam membentuk air mentuban. Biasanya seseorang wanita hamil memerlukan lebih kurang dua liter air sehari.

Oleh itu, bagi memastikan bekalan air yang mencukupi untuk tubuh, anda seharusnya meminum air dengan kerap selepas waktu berbuka puasa. Minumlah segelas susu setiap kali bersahur.


Pilihan yang baik untuk berbuka dan bersahur
  1. Semasa berbuka puasa, anda digalakkan untuk mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Jangan makan dalam kuantiti yang banyak kerana ini boleh menyebabkan ketidakselesaan.
  2. Antaranya buah-buahan segar, kurma, jus buah-buahan segar, kuih-muih yang kurang manis dan kurang lemak (apam beras, popia basah), yogurt rendah lemak yang ditambah dengan buah-buahan segar, telur rebus/ayam yang dipanggang, kacang panggang yang dimakan bersama roti bijirin.
  3. Selepas beberapa jam kemudian, anda boleh menikmati hidangan yang lain seperti roti bijirin yang berintikan telur dan tomato, ayam rebus atau panggang dengan salad, keju dengan salad, atau tuna dengan timun dan tomato.
  4. Atau, pasta dengan kuah yang berasaskan tomato, bebola daging dan salad, mihun sup dengan ayam dan sayur-sayuran, nasi putih dengan ikan kukus dan sayur-sayuran.
  5. Atau, laksa Penang dan sayur-sayuran, mihun goreng kurang minyak yang lengkap dengan ayam atau daging dan sayur-sayuran.
  6. Begitu juga dengan waktu bersahur, anda digalakkan mengambil makanan yang seimbang dan amalkan pengambilan makanan yang rendah lemak. Makanan yang dimakan semasa sahur akan dapat bertahan selama lapan jam ataupun lebih awal.

Tip agar sentiasa segar semasa mengandung di bulan Ramadan

* Jangan lupa selalu makan makanan berzat baik pada saat sahur atau berbuka puasa. Walau menu sederhana, yang penting mengandungi lima unsur zat lengkap seperti protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral

* Usahakan untuk mencegah dehidrasi tubuh dengan banyakkan meminum air putih pada malam hari. Hal ini penting dilakukan, kerana pada siang hari, aktiviti kita cenderung banyak mengeluarkan keringat baik di ruangan terbuka atau berhawa dingin

* Pada saat berbuka, mulakan dengan makanan atau minuman hangat dan manis seperti Milo, susu atau minuman manis lainnya. Tapi ingat, jangan mengambil minuman yang mengandungi soda, kerana dapat menimbulkan akibat buruk bagi perut anda

* Jangan minum air dingin atau ais. Biasakanlah berbuka dengan minuman yang hangat. Perut yang kosong kerap menjadi kembung, bila anda terus berbuka puasa dengan air dingin

* Kemudian berehatlah lebih kurang sejam sebelum menyantap hidangan berbuka. Tujuannya untuk memberikan keseimbangan terlebih dahulu terhadap sistem pencernaan kita. Ingat, jangan mengambil makanan berlebihan dan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi seperti telur dan ikan masin

* Berbuka puasa hendaknya dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru agar perut tidak terkejut. Untuk meringankan kerja penghadaman, kunyah makanan dengan baik

* Supaya anda mampu menahan rasa lapar, perbanyakkanlah mengambil jenis makanan berserat yang banyak terdapat dalam sayur dan buah. Tubuh memerlukan waktu lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat

* Selain memperbanyakkan makanan berserat dan berprotein, sebaiknya anda juga menyediakan jenis makanan yang mengandungi vitamin dan mineral serta makanan tambahan agar tubuh tetap segar-bugar sepanjang hari

* Vitamin yang penting diambil setiap hari adalah vitamin A, B dan C. Tetapi, kalau anda sudah makan buah berwarna kuning atau merah, sayur berwarna hijau tua dan kekacang, maka tidak perlu khuatir kekurangan vitamin tersebut. sumber

* Jika udara di luar dalam kondisi panas dan lembab, sebaiknya ibu hamil berada di dalam ruangan agar tidak berkeringat terlalu banyak yang berujung pada dehidrasi

* Hindari aktiviti fizikal berlebihan dan berusahalah untuk beristirahat di siang hari .sumber


Segeralah berbuka dan hubungi doktor apabila ibu hamil yang berpuasa mengalami gejala-gejala seperti di bawah ini :-
  • Sakit kepala, pingsan, sangat kelelahan, dan lemas berlebihan. Apabila setelah beristirahat - 1 jam tidak ada perubahan, segera hentikan puasa dan berkonsultasi ke dokter
  • Berdebar-debar, sangat mual, demam
    Perubahan signifikan pada pergerakan janin, apabila ibu merasakan janin tidak bergerak seperti biasa maka berkonsultasilah ke dokter
  • Terdapat keluhan sangat haus. Hal ini merupakan tanda-tanda dehidrasi
  • Terdapat kontraksi pada perut yang terasa ngilu. Hal ini dapat merupakan tanda-tanda kelahiran prematur. Segera hubungi dokter ibu
  • Berat badan ibu tidak naik (0,5kg/minggu) sumber

skit tips utk ibu yg menyusukan anak :

Ibu menyusu
Bagi ibu yang sedang menyusui bayi sepenuhnya, seeloknya jangan berpuasa dahulu kerana bayi perlu menyusu susu ibu setiap tiga jam.

Sekiranya ibu tidak makan dan minum, bagaimanakah ibu dapat menentukan susunya yang paling berkualiti? Sekiranya bayi sudah mula makan makanan lain selepas berumur empat bulan, ibu ini bolehlah berpuasa.

Apabila berbuka, pastikanlah makanan anda cukup berzat dan seimbang dan minum air secukupnya. Semasa sahur, amalkan minum segelas susu. sumber

sumber lain :
http://panduanpreggy.blogspot.com/search/label/Preggy

kalo ade kengkwn lain yg de tips.. meh share sesama kat cni.. Selamat menjalani ibdah puasa..

Saturday, August 22, 2009

Masalah yang dialami d penghujung kehamilan

Salam Ramadhan seme... :D

bagi ibu mengandung mcm diri ini pasti teruja n ber pk leh ke tunaikan ibadah poser ni.. kuat ke? tahan ke? x lapa ke bb dlm ni? seme tu pasti bermain dlm kepala ni kn... :D mcm aku ni.. cuba gak la.. kalo dpt genap sebulan insyllah.. alhamdulilah.. ikut keupayaan hehehe.. hari ini alhamdulillah sbb td sahur buat nasi goreng cina.. selera je mkn ngan hubby.. seme ni pk utk org dlm prot ni.. tu yg melantak mcm x igt hehehe.. kalo masa bujang dlu jrg bgn sahur... ni 1st time poser sbg isteri org.. bkn je kena sahur utk diri sndiri tp utk si comel dlm ni.. pastu kena masak utk hubby gak.. teruja la gak :D seronok.. mula2 tu smgt tgi la skit.. tgu nanti2 beberapa ari hehehe..

ok.. dh penghujung trismester ni.. bykla dugaan n cobaan nye kn.. sakit blkg tu perkara bese.. pastu msalh yg terbaru adalah.. posisi nak tdo.. slalu bermasalah.. bila dh tdo kn x sedar.. kalo tersedar dlm keadaan terlentang.. hanya Tuhan je yg tau betapa adehhhh... sakit nye pinggang... yela memula dh elok dh ni mengiring.. dh tu tdo x ingt dunia mane nak sedar tetiba dh terlentang.. pastu adeh.. sakit tu masa nak mengiring blk.. ase beratnye..

lgi 1 berpeluh.. huii mak aikh.. bukan setakat peluh jantan.. peluh jantan betina seme kua hahahha.. seskit peluh2.. pdhal xde la panas mane.. mmg x leh tahan la.. selimut kalo tdo tak layan wpon sejuk hehehhe.. br jln skit peluh menitik x hingat.. kalo lap, leh perah tuala tu :D tu la penangan mak buyung...

ni de dpt skit tips.. meh nak share sesama kengkawan yg seangkatan ngan diri ini..

Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.

Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang. sumber

Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:

  • Saiz perut yang semakin besar
  • Sakit belakang
  • Pedih ulu hati
  • Sukar bernafas
  • Insomnia

Posisi yang terbaik

  • Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
  • Bengkokkan kaki anda.
  • Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
  • Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
  • Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.

Posisi tido yg disarankan oleh ibu mengandung... aku ske tdo peluk bantal.. ase mcm selesa je kat perot.. tp memula je pastu dh tdo bantal tercampak mane muahahaha

lagi 1 cara mcm ni.. pon ok..

Posisi yang harus dielakkan

  • Tidur terlentang
    Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda.
  • Tidur meniarap
    Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap. sumber
soalan : Dr, Benarkah semasa mengandung tidur mengiring ke kiri lbh baik drpd ke kanan? Kandungan saya sudah masuk minggu ke 32 dan saya mengalami masalah sukar tidur kerana pergerakan bayi yg aktif di waktu malam dan jg kaki yg selalu lenguh.

jawapan : Rina, Tahniah dah hampir akhir kehamilan! Tidur mengiring ke kiri atau kanan tak penting. Yang penting ibu selesa dan boleh bernafas dengan baik. Kalau tak selesa, kerap tukar posisi. Boleh muatkan bantal kecil bawah perut dan di sebelah belakang tulang belakang untuk sokong badan. Kalau baru selepas makan, disyorkan mengiring ke kiri. Dah lama selepas makan, baru mengiring ke kanan. Rationale mengiring ke kiri dulu kemudian ke kanan selepas makan supaya makanan dicerna (digest) dgn baik dan diserap dgn sempurna oleh usus. Bayi aktif lagi baik drp bayi banyak tidur - baby memang tak tahu siang malam, dia akan gerak bila dia suka. Kalau kaki lenguh sebab banyak berdiri dan badan berat-sarat, naikkan kaki tinggi sikit drp aras punggung bila duduk atau baring. Banyak rehatkan kaki.

Redakan Kepanasan Ketika Hamil

Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.

Namun untuk mengurangkan kepanasan yang dirasakan oleh ibu-ibu hamil, cara berikut boleh dilakukan.

  • Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
  • Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, just buah dan sebagainya.
  • Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
  • Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
  • Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas. sumber
ok kengkawan.. semoga tips ni dpt membantu pada yg mengalami masalh mcm diri ini.. selamat menunaikan ibadah puasa.. yg penting sahur mesti mkn tau.. kalo x kesian si comel dlm ni..doktor pon pesan byk2 kali.. "sahur mesti mkn" baik la doc hehehe

Wednesday, August 5, 2009

Selamat Menyambut Nifsu Syaaban

pagi td borak2 ngan opismate masa g bfast.. tanye la bile ye nifsu syabaan? rupanya.. esok.. cepat masa berlalu n x prasan... maksudnye selepas asar nanti dh masuk nifsu syaaban la ye.. sbb perkiraan dlm Islam adalah selepas waktu asar masuk hari baru.. sib bek tergerak ati nak bertanya.. Alhamdulillah.. ni nak share skit pasal Nifsu Syaaban.. dengan kata lain.. masa nifsu syaaban ni kita hanta report kad kepada NYA.. x tau la mcm ane isi dlm report aku huhuhu.. kompem byk dosanye kot.. pahala x tau la adeke tidak.. borak2 ngan opismate td dia ckp "kalo skolah dlu mak bapak dtg amik report kad mcm risau jek kan" tp report yg ni lain untuk d gunakan d hari kemudian kelak..

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr.
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
DOA NIFSU SYAABAN
(selalunya ada dlm yassin dan buku2 zikir.. leh rujuk.. image ni x bape jelas)

Kelebihan Nisfu Sya’aban:-
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.

Keagungan malamnya dengan malam Nisfu Syaaban adalah sepertimana keagungan Rejab dengan malam Israk Mikrajnya dan keagungan Ramadhan dengan malam lailatulqadarnya.

Pada malam Nisfu syaaban…Malam yang diampunkan oleh Allah semua makhluknya. didatangi 300 rahmat, melainkan orang yg syirik, peminum arak, tukang nujum, kekal dalam zina, derhaka terhadap ibu bapa dan org yg tak menegur saudaranya…

Allah berfirman dalam hadith Qudsi…( maksud).. Adalah org yg minta ampun padaKu Aku ampunkan, org yg ditimpa bala Aku afiatkan, org yg minta rezeki Aku berikan, demikianlah pertanyaan dan permintaan lainnya sehingga keluar fajar subuh.

Tersebut dalam Kitab Iqna’ : Bahawa Jibril bersungguh2 pada malam Nifsu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka dtglah Jibril kpd rasulullah saw kali keduanya, katanya: Ya Muhammad, gembiralah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu yang tiada menyekutukanNya, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah saw mengangkat kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga (langit). pada pintu langit 1, malaikat menyeru. Kemenangan bagi orang yg ruku’ pada mlm ini. Pada pintu langit 2, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yg sujud, pada yg ke 3, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yr minta doa, pada yang ke 4, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang berzikir, pada yang ke 5, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang menangis takutkan Allah, pada yang ke 6, malaikat menyeru kemenangan bagi orang yang mengamal amal kebajikan pada malam ini, pada yang ke 7, malaikat menyeru kemengan bagi orang yang meminta, maka diterima permintaannya itu dan pada ke 8, malaikat menyeru adakah orang yang meminta ampun maka diampunkan baginya. Bertanya rasulullah, sampai bila semua pintu ini dibuka? Sampai subuh, jawab malaikat.

Perlaksanaannya:
Lepas solat maghrib,
1. Baca Yaasin niatkan utk pjg umur dlm mentaati Allah, doa Yasin
2. Baca Yaasin, niatkan luaskan rezeki yg halal dan diberkati, doa Yaasin.
3. Baca Yaasin, niatkan mati dlm husnul khotimah, doa Yaasin.

Yang lain2 ( diiringi yg atas)
Banyak istighfar, sembahyang taubat, hajat, baca penghulu istighfar (dlm Ma’athurat ada)
Doakan keampunan ibubapa
Baca AlQuran
Bertasbih
Solat atas Nabi
Berzikir
Buat solat2 sunat yg terdaya, InsyaAllah..
Marilah kita buat bersama2…
sumber

Mari kawan2 kita jgn lepaskan peluang ini :D moga2 ibadah kita d penutup buku rekod kita dapat mengurangkn segala dosa dan kesilapan kita yg lalu sblm tuka buku rekod baru Insyaallah :D


Friday, July 31, 2009

Pureen Warehouse Stock Clearance (August 2009)

wahai rakan2, ibu-ibu dan bakal ibu skalian alam!!!!
mari kite sama2 serbu ke Pureen Warehouse Stock Clearance (August 2009) pada 1 & 2 August 2009 esok la tu.. meh2 penah dga feedback yg lepas2 mmg best n murah tp kompem ramai kan.. huhuhuhu tgk la kalo xde pe sok nak g serang!!! :D nak bli mane yg xde lagi.. mcm pampers newborn, sanitary pad, wet tissue n de la skit2 gadget kecik2... jom2

nak detail kat www.pureen.com.my

dh bgtau hubby dia kata jom!!! hehehe syiok kn kalo shopping brg si comel ni.. :D kalo terjpe tego la ek.. hehehe


Wednesday, July 29, 2009

Manisnya Menjadi Wanita Islam

Assalammualaikum seme.. :D
ni de skit info nak share.. aritu de borak2 ngan ctut.. pastu mengeluh la gak kitrg sesama pasal penatnye jd isteri n dia lak bru je lahirkan anak ke-2.. lepas borak2 tu.. dia kata de mende nak bg kat e-mail yg akan buatkn aku tak kan mengeluh lagi pasni huhuhu.. seram gak memula pe mende la minah ni nak bg kn.. skali bila dh dpt.. wahh!! mmg rasa bersyukur sgt atas segala nikmatNYA...

bukn sng nak capai seme2 dlm list ni n kalo sungguh rasanye pon x susah.. cuma kena selalu kuatkn ati je.. jom kita sesama share n muhasabah diri.. apepon tq ctut bg info yg sgt2 berguna ni.. suapaya pasni jgn keluh-kesah lagi :D
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
  • Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat
  • 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
  • Wanita yang memberi minum susu badan kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya
  • Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad
  • Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba
  • Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat
  • Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganyaakan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut
  • Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat
  • Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan
  • Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya
  • Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah
  • Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari
  • Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari
  • Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji
  • Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
  • Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat
  • Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya
  • Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa
  • Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak
  • Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah
    Dipetik daripada Bayan Mastua Oleh Syed Ahmad Khan
tapi bese la.. diri ni pon lemah.. kdg2 x leh lari dr merungut huhuhu.. apepon kita cuba jadi isteri, ibu dan muslimah yg terbaik utk diri sndiri Insyallah..moha2 kita seme dikalangan orang2 yg kuat dr dugaan dan cobaan....
renung-renungkn dan selamat beramal... :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...