Salam Ramadhan seme... :D
bagi ibu mengandung mcm diri ini pasti teruja n ber pk leh ke tunaikan ibadah poser ni.. kuat ke? tahan ke? x lapa ke bb dlm ni? seme tu pasti bermain dlm kepala ni kn... :D mcm aku ni.. cuba gak la.. kalo dpt genap sebulan insyllah.. alhamdulilah.. ikut keupayaan hehehe.. hari ini alhamdulillah sbb td sahur buat nasi goreng cina.. selera je mkn ngan hubby.. seme ni pk utk org dlm prot ni.. tu yg melantak mcm x igt hehehe.. kalo masa bujang dlu jrg bgn sahur... ni 1st time poser sbg isteri org.. bkn je kena sahur utk diri sndiri tp utk si comel dlm ni.. pastu kena masak utk hubby gak.. teruja la gak :D seronok.. mula2 tu smgt tgi la skit.. tgu nanti2 beberapa ari hehehe..
ok.. dh penghujung trismester ni.. bykla dugaan n cobaan nye kn.. sakit blkg tu perkara bese.. pastu msalh yg terbaru adalah.. posisi nak tdo.. slalu bermasalah.. bila dh tdo kn x sedar.. kalo tersedar dlm keadaan terlentang.. hanya Tuhan je yg tau betapa adehhhh... sakit nye pinggang... yela memula dh elok dh ni mengiring.. dh tu tdo x ingt dunia mane nak sedar tetiba dh terlentang.. pastu adeh.. sakit tu masa nak mengiring blk.. ase beratnye..
lgi 1 berpeluh.. huii mak aikh.. bukan setakat peluh jantan.. peluh jantan betina seme kua hahahha.. seskit peluh2.. pdhal xde la panas mane.. mmg x leh tahan la.. selimut kalo tdo tak layan wpon sejuk hehehhe.. br jln skit peluh menitik x hingat.. kalo lap, leh perah tuala tu :D tu la penangan mak buyung...
ni de dpt skit tips.. meh nak share sesama kengkawan yg seangkatan ngan diri ini..
Sebaiknya ibu hamil tidur dalam keadaan mengiring ke kanan ataupun ke kiri. Ini kerana ia dapat mengelakkan rahim daripada menekan pada pembuluh darah besar yang terdapat di belakang rahim.
Jadi lebih banyak darah akan sampai ke jantung kanan dan seterusnya kepada bayi. Cari posisi yang paling selesa. Alaslah dengan bantal di bahagian belakang untuk bantu menyokong dan mengurangkan sakit belakang. sumber
Kebiasaannya wanita hamil mengalami masalah untuk tidur terutamanya semasa trimester ketiga. Antara penyebab biasa yang mengganggu tidur anda mungkin:
- Saiz perut yang semakin besar
- Sakit belakang
- Pedih ulu hati
- Sukar bernafas
- Insomnia
Posisi yang terbaik
- Tidur mengiring ke kiri. Posisi ini tidak menyekat pengaliran darah (dan nutrien) daripada anda kepada plasenta dan bayi.
- Bengkokkan kaki anda.
- Untuk lebih selesa, kepitkan bantal antara dua belah paha anda.
- Jika anda mengalami sakit belakang, sandar bawah perut anda dengan bantal.
- Jika anda mengalami pedih ulu hati, pastikan kedudukan bahagian atas badan anda (daripada kepala membawa ke perut) lebih tinggi, sekali lagi bantal banyak membantu.
Posisi tido yg disarankan oleh ibu mengandung... aku ske tdo peluk bantal.. ase mcm selesa je kat perot.. tp memula je pastu dh tdo bantal tercampak mane muahahaha
lagi 1 cara mcm ni.. pon ok..
Posisi yang harus dielakkan
- Tidur terlentang
Boleh menyebabkan masalah sakit belakang, pernafasan, penghadaman, sembelit, pengaliran darah tidak lancar. Ini kerana tekanan daripada perut anda. - Tidur meniarap
Bila perut anda semakin besar, sukar untuk anda meniarap. sumber
soalan : Dr, Benarkah semasa mengandung tidur mengiring ke kiri lbh baik drpd ke kanan? Kandungan saya sudah masuk minggu ke 32 dan saya mengalami masalah sukar tidur kerana pergerakan bayi yg aktif di waktu malam dan jg kaki yg selalu lenguh.
jawapan : Rina, Tahniah dah hampir akhir kehamilan! Tidur mengiring ke kiri atau kanan tak penting. Yang penting ibu selesa dan boleh bernafas dengan baik. Kalau tak selesa, kerap tukar posisi. Boleh muatkan bantal kecil bawah perut dan di sebelah belakang tulang belakang untuk sokong badan. Kalau baru selepas makan, disyorkan mengiring ke kiri. Dah lama selepas makan, baru mengiring ke kanan. Rationale mengiring ke kiri dulu kemudian ke kanan selepas makan supaya makanan dicerna (digest) dgn baik dan diserap dgn sempurna oleh usus. Bayi aktif lagi baik drp bayi banyak tidur - baby memang tak tahu siang malam, dia akan gerak bila dia suka. Kalau kaki lenguh sebab banyak berdiri dan badan berat-sarat, naikkan kaki tinggi sikit drp aras punggung bila duduk atau baring. Banyak rehatkan kaki.
Redakan Kepanasan Ketika Hamil
Salah satu keluhan yang sering diluahkan oleh wanita mengandung adalah berasa tubuh panas. Ia berlaku kesan daripada penghasilan hormon progesteron akibat menigkatnya suhu tubuh janin. Semakin bertambah usia kehamilan anda, semakin tidak selesa anda rasakan akibat kepanasan.
Namun untuk mengurangkan kepanasan yang dirasakan oleh ibu-ibu hamil, cara berikut boleh dilakukan.
- Minum sekerap mungkin bagi menggantikan peluh yang banyak keluar serta akibat kekerapan membuang air kecil ketika hamil.
- Mengambil makanan yang banyak mengandungi cairan seperti bubur, yogurt, just buah dan sebagainya.
- Pakai pakaian yang selesa seperti pakaian daripada kapas kerana ia menyerap peluh dan pakailah pakaian berwarna putih kerana ia tidak menyerap panas sinar matahari.
- Pakailah kasut yang terbuka dan selesa terutama sekiranya kaki berasa panas dan bila kaki mula membengkak.
- Semburkan air ke wajah atau lapkan wajah dengan tisu atau tuala basah untuk menyejukkan tubuh yang berpeluh dan panas. sumber
ok kengkawan.. semoga tips ni dpt membantu pada yg mengalami masalh mcm diri ini.. selamat menunaikan ibadah puasa.. yg penting sahur mesti mkn tau.. kalo x kesian si comel dlm ni..doktor pon pesan byk2 kali.. "sahur mesti mkn" baik la doc hehehe