Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Assalammualaikum seme...

Pejam celik kejap je dh nak puasa semula.. tahun lepas pregnant gak.. masa tu dh 7 bulan.. alhamdulillah dpt puasa cuma tercicir sehari sebab demam.. tahun ni x tau la.. awal2 ni huru hara hohoho

Esok eh?? alamak gabra ni.. sbb awl2 ni kalo perot kosong mula naik kepala.. kepala pening huhu.. tiap thn saya prgnt masa nak raya bila saya nak melaram ni bila raya ekekeke.. x pe la rezki Allah.. bersusah2 dahulu senang2 kemudian ecehhh sedapkn ati hehehe..

lama sungguh x update bese la de anak kecik ngan keje lagi ngan de baby kecik lagi dlm ni.. huishhh cobaan dan dogaan.. apepon redha dgn nikmat dari NYA :D

Iman semakin cerdik.. kelmarin genap 10 bulan.. dh pandai tepuk amai-amai.. sgt ske tgk zikir kat astro oasis.. sgt2 ske smp leka.. melopong pgl pon wat dek.. tgk katun pon x mcm tu.. moga2 jd anak yg soleh ye syg.. pastu dh pandai trun n panjat katil n sofa adehh laaa.. riso tergolek jek.. pastu dh pandai berdiri lepas2 tgn.. eksen... tp melangkag malehhhh.. huhu

ok la smp cni dlu eh.. x tau la bile la leh wat cite pjg2 mcm dlu.. mcm masa iman dlm perot.. sian adik iman ni.. :p

xpe la moga2 kami sekeluarga sihat walafiat.. bahagia sokmo hendak NYA.. tahun ni raya kat ganu.. tukar angin.. tahun ke 2 beraya bersama kelurga sendiri yg kecik ni.. yea!!!!

ish cite raya lak.. poser pon x tau lagi leh tahan ke tak hihihi

* ibu iman hanya rujuk post yg lepas2 pasal prgnt dlm blog sndiri jek.. x pening carik dari lain2 web tp utk tambahan rujuk gak dr lain2 sumber.. wpon x lama jarak tp lupa gak kn hehehhe.. rujuk blog sndiri.. ade bagusnye.. share utk diri sndiri n rakan2 :D

Thursday, July 22, 2010

Iman Muhaimin Masuk Spital

Assalammualaikum seme..
lama sungguh x online.. ibu iman agak bz ngan keadaan diri dia n bebeapa sebab lain.. ecehhh iye ye je hehehehe


entry kali ni agak x hepi skit... Iman kena tahan wad kat Darul Ehsan Medical Centre, Shah Alam semalam 21 Julai 2010..

al kisahnye mcm ni... ari isnin ibu iman mabuk kepayang.. so mc la.. pastu selasa lak kena cirit-birit.. sbb slh mkn.. mc lagi.. mlm ari selasa tu, iman muntah.. tgk2 iman nye bdn panas.. pastu mlm tu mmg x tdo la bah n ibu iman.. sbb iman x nak BF.. sbbkn kesian.. bg la iman minum air masak pakai ape kenama yg nak bg baby mkn ubat tu.. dia minum la skit alas perot.. pelik gak nape iman mcm x nak BF.. mulut dia sakit ke... susu ibu dh berubah rasa ke.. nape la iman x nak minum n makan..

alamak x leh nak crita pjg la nanti smbg lagi eh... sian lak iman dh bgn..

tgk dlu gamba yg ade ni eh.. de kesempatan nanti ibu iman sambung citer lagi.. iman pon nampak dh segar ni.. dh beransur sihat leh kua cepat kata doktor

Alhamdulillah...

jam 7 pagi 21 Julai 2010 iman lom bgn.. iman kena cucuk masuk air.. sian iman..


iman tertdo ni baru masuk bilik iman.. sian iman merengek je x mkn n minum, tu yg doktor sruh masuk wad..

sampai cni dlu eh...

doakan iman tau... iman muka tensen dok spital x leh panjat2 huhuhu

Monday, July 5, 2010

Menyusu ketika Hamil

Soalan :

Salam,
Saya Roshda.. salam perkenalan..
saya kenal puan dari ummu Ibtisam..
jika tiada masalah dan tidak keberatan saya ingin kn pandangan dan perkongsian dari puan.. saya ada anak berumur 9 bln dan BF secara ekslusif.. alhmdlh.. dan saya d sahkan mengandung 4 minggu.. dan saya sgt risau jika ada mslh susu x cukup.. saya terlalu baru dlm BF ni dan byk ilmu yg masii belum saya ada.. lagi mencabar kerana saya menyusukn anak semasa mengandung ni.. pd awlnye susu saya sgt2 kurg.. dan saya cek blk simptom ni kemungkinan saya prgnt dan ia nye sah.. ade sebahagian rakan2 x berjaya susukn anak dan stop bila d sahkan mengandung kerana x ckup susu.. saya mohon pandangan dan tips dr puan utk mengekalkn BF semasa tempoh mengandung ni.. :D

maafkn saya jika saya menggangu.. saya budak baru belajar :D terima kasih

Jawapan :
Ning Desiyanti
July 4 at 1:29am
Salam Pn. Roshda,

Mohon maaf kerana baru dapat balas email Roshda.

Congrats on your pregnancy ! Tahniah juga atas kejayaan Roshda menyusukan anak yang berusia 9 bulan. Saya kagum dengan semangat Pn. untuk meneruskan penyusuan dan ikhtiar Pn. mencari maklumat/informasi yang berkaitan.

Dalam satu kajian, lebih kurang 70% ibu2 mengandung mengalami penurunan penghasilan susu (lazimnya pada trimester kedua), ada juga yang mendapati penghasilan susu berkurang sejak trimester pertama lagi. Lebih kurang 18% ibu2 ini melaporkan yang bekalan susu mereka “kering” sama sekali pada trimester kedua. Namun ada sebahagian ibu2 (30%) yang tidak mengalami perubahan dari segi penghasilan susu, malah ada yang melaporkan penghasilan susu mereka meningkat ketika mengandung (kenapa berbeza bagi segolongan kecil ibu2 - masih dalam kajian).

Sebab utama penghasilan susu berkurang ketika ibu mengandung adalah kerana kadar hormon progesterone dalam darah ibu meningkat. Hormon ini penting bagi mempertahankan kehamilan, tetapi pada masa yang sama kadar yang tinggi ini menyekat kerja hormon prolaktin, hormon yang membantu penghasilan susu. Kerana kadar hormone progesterone (ketika ibu hamil) ini jugalah konsep “supply and demand” kurang berkesan dalam meningkatkan supply susu jika dibandingkan ketika ibu tidak hamil. Pn. mungkin akan mendapati supply susu tidak meningkat dengan ketara walaupun anak menyusu dengan lebih kerap atau Pn. mengepam dengan lebih kerap. Usaha-usaha untuk meningkatkan supply susu agak terhad kerana faktor hormon progesterone ini. Selain itu, pengambilan galactagogues seperti herba dan ubat-ubatan (untuk meningkatkan supply susu) tidak digalakkan ketika ibu hamil.

Susu ibu yang dihasilkan ketika ibu mengandung juga “lain” rasanya. Ini menyebabkan sebahagian besar anak2 yang sedang menyusu tidak lagi menyusu dengan kerap. Malah, ada juga yang memilih untuk berhenti menyusu. Apabila, bayi/anak tidak lagi menyusu dengan kerap, bekalan / penghasilan susu pun akan berkurangan dengan lebih cepat.

Adakah keadaan ini akan berterusan sehingga ibu melahirkan bayinya ? Tidak, kerana lazimnya kira2 pada akhir trimester kedua, payudara akan mula menghasilkan susu untuk bayi (janin) yang dalam kandungan ibu. Kebanyakan ibu mendapati penghasilan susu ibu mula meningkat pada trimester ketiga dan pada akhir trimester ini anak yang tadinya “berhenti” menyusu mungkin akan kembali menyusu semula.

Penghasilan susu ibu yang berkurangan (walaupun sementara) sudah tentu akan mengecewakan ibu. Tetapi tidak perlu berputus asa kerana insya Allah, supply susu akan mula meningkat pada trimester ketiga nanti. Sementara itu, Ibu perlu makan makanan seimbang, minum secukupnya (minum bila dahaga), rehat secukupnya, teruskan menyusu anak Pn mengikut kehendaknya dan teruskan memerah susu bila Pn. berjauhan dengannya dalam usaha untuk menyusukan anak selama mana yang boleh/mampu. Take one day at a time.

Saya beranggapan anak Roshda yang berumur 9 bulan telah diberikan makanan tambahan, jika demikian pelbagaikan makanannya (give variety of foods). Anak umur 6 bulan ke atas perlu makanan tambahan untuk pertumbuhan dan perkembangannya yang pesat, susu bukan lagi makanan utamanya. Perlu pantau berat badan anak dan Sila dapatkan nasihat doktor / pakar jika berat badan anak menurun / tidak memuaskan.

Ada sebuah buku karangan Hillary Flower yang bertajuk “Adventures in Tandem Nursing” yang mengupas segala persoalan tentang menyusu ketika mengandung dan setelah bersalin (menyusu bayi baru lahir dan abang/kakaknya). It’s a good resource book.

Semoga info ini ada manfaatnya.

sedikit perkongsian dari saya... maka di sini secara terbukanye.. saya iyekan seme persoalan hehehe.. iye saya di sahkan berbadan dua.. baru je lagi nak masuk ke 6 minggu.. Alhamdulillah :D tp pada masa yang saya saya bekerja keras utk terus menyusukan iman di samping menjaga si kecik dlm ni... bukan mudah.. tp Saya bermohon kepada yang Esa untuk memberi kekuatan dan rezki kepada saya untuk melalui hari-hari yang mendatang ini dengan tabah.. Orang lain boleh.. pasti saya juga boleh Insyallah..
ni la buah ati pertama saya.. moga Iman terus dpt menikmati susu ibu bersama bakal adiknya nanti :D

Bukan semua orang terpilih utk melalui saat ini di mana berbadan dua dan masih menyusukan anak lagi.. lately, saya byk mencari bahan dan mencari dan meminta pandangan dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang dh lalui saat ini..

Iman jd abg yang baik tau jaga adik2 eh.. jaga ibu n abah juga nanti tau

Sekarang mkn utk 3 orang.. kalsium kena mkn lebih.. mcm tu jugak yg lain2.. doktor pon tak halang utk terus BF Iman.. sbb saya takde masalah kesihatan.. Alhamdulillah.. moga segala pengalaman yang saya lalui ini dan detik manis ini akan saya kongsi bersama kpd kengkawna yg slalu menjengah ke blog yang x seberapa ini.. :)

Doakan saya tau!!! hehehehe

* terima kasih kepada 'hana' silent reader saya kerana sukakan blog saya yg x seberapa ini.. hanya sekadar perkongsian dan cerita seorg ibu ttg kehidupan dan anaknye.. dan beberapa lagi silent reader yang telah menjd rakan saya.. maaf x sempat nak reply YM kdg2 saya xde d meja.. sng2 e-mail la saya.. sgt2 hargai.. pasni pasti lebih menarik dgn perkongsian seorg ibu yg BF anaknye yg nak masuk 9 Bulan dan berbadan 2 lak hehhee.. wish me luck

Thursday, June 17, 2010

Otak Lebih Pintar Dengan Susu Ibu

Assalammualaikum..
ini ada sedikit perkongsian yang saya dpt dari sini : www.mypositiveparenting.org.

Fahami bagaimana susu ibu membantu perkembangan otak.

Oleh Professor Madya Dr Poh Bee Koon, Pakar Pemakanan.

Beberapa tahun pertama hayat si manja adalah jangka waktu paling intensif dalam perkembangan otaknya. Perkembangan otak sangat penting untuk pertumbuhan kognitif, sosial dan emosi si manja. Ini penting kepada kelangsungan hidupnya.

Terdapat banyak cara ibu bapa boleh menyokong perkembangan ini. Satu daripada cara paling asas (dan penting) ialah memberikan segala nutrien yang perlu untuk perkembangan otak dan juga pertumbuhan si manja secara keseluruhannya.

Susu Ibu adalah yang Terbaik!

Kesan penyusuan ibu ke atas kepintaran kanak-kanak semakin diakui di seluruh dunia. Menurut World Alliance for Breastfeeding Action (WABA), susu ibu bukan sahaja penting untuk kesihatan, tetapi juga untuk meningkatkan perkembangan otak. Susu ibu mengandungi segala nutrien yang penting untuk perkembangan otak:

  • Lemak – Susu ibu mempunyai kandungan asid lemak poli tak tepu yang lebih tinggi, khususnya DHA (asid dokosaheksanoik) dan AA (asid arakidonik), yang memainkan peranan penting dalam perkembangan otak (seperti sinaptogenesis, fungsi membran, dan mungkin juga pemielinan).
  • Kolesterol – Susu ibu juga mempunyai kandungan kolesterol yang lebih tinggi. Kolesterol penting untuk memudahkan pemielinan sistem saraf pusat, yang mempunyai kandungan lipid dan kolesterol tinggi.
  • Taurina – Taurina adalah asid amino yang banyak terdapat dalam susu ibu dan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan tisu otak. Taurina juga penting untuk sintesis dan pelepasan pengutus neuro otak. Oleh sebab badan bayi sendiri tidak dapat menghasilkan taurina, adalah penting untuk memastikan si manja mendapat bekalan yang secukupnya daripada makanan yang diberikan.


Lebih Banyak Manfaat daripada Susu Ibu
  • Susu ibu melindungi bayi daripada penyakit yang boleh menyebabkan kekurangan zat makanan, dan menjejaskan pembelajaran dan pendengaran.
  • Susu ibu memastikan interaksi lebih kerap dan mendedahkan bayi kepada bahasa, tingkah laku sosial positif, dan rangsangan penting.
  • Susu ibu membolehkan perkembangan visual dan aktiviti visual lebih baik, menambah kesediaan untuk membaca dan belajar.

“Makanan Otak Terbaik,” Menurut Hasil Penyelidikan

Hasil penyelidikan telah menunjukkan pelbagai manfaat susu ibu ke atas perkembangan otak. Jadual 1 di bawah adalah antara yang penting:

Jadual 1: Kajian ke atas pemberian susu ibu dan kepintaran kanak-kanak

Beri yang Terbaik untuk Si Manja Anda

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggalakkan pemberian susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan penuh. Selepas itu, pemberian susu ibu diteruskan dengan tambahan makanan yang sesuai sehingga si manja berusia 2 tahun dan ke atas. Adalah penting untuk anda mempertimbangkan tempoh penyusuan ibu seperti disyorkan kerana ia boleh membawa manfaat kepada perkembangan otak si manja sepanjang waktu awal hayatnya

ibu iman : semoga kita semua diberi rezki dan tabah dlm ape jua dugaan dan cabaran utk memberi yg terbaik untuk si comel.. Insyaallah.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...