Tuesday, January 11, 2011

Cabaran Menyusu Semasa Hamil

Assalammulaikum..
lunch ni x ke mana.. so lepak2 n masa lapang ni saje nak share skit pengalaman ni..

Sedikit perkongsian pengalaman, cabaran dan dugaan menyusukan Iman sepanjang tempoh hamil ini :
  • pengeluaran susu merundum
    - pam hanya dpt 1oz je, sgt pelik.. masa ni x tau pon pregnant... smp tahap nak carik supplement utk tambah susu sbb risau sgt
  • nipple jd sakit bila baby menyusu pedih sgt
  • start tak pam sbb susu sangat2 kurang
    - tp d sebabkan Iman mmg dh x nak ebm xde la risau sgt, dia nak yg fresh je dr ibunya.. so dia tunggu ibu dia balik.. Iman x nak botol sejak umur 6 bulan.. tp sib bek masa tu adik yg jaga so lunch hour boleh la blk rumah sbb rumah mak n ofis x jauh..
  • Doktor nasihatkan ambil lebih kalsium
    - sebab utk diri sndiri, Iman n adik Iman so mkn 2 pil kalsium setiap hari n makan makanan yg mempunyai kalsium tinggi, tetapi tiada halangan dari doktor utk terus menyusukan Iman..malah doktor menggalakkan lagi selagi tiada masalah kesihatan pada ibu dan adik Iman
  • Masa bulan Ramadhan hanya mampu puasa 11 hari je
    - mmg cepat lapar.. mane taknye dgn Iman yg menyusu lagi... dan awal2 mengandung masa tu.. badan agak lemah.. aishhh jenuh nak ganti ni ehehehe
  • Ada sesetengah orang n dari pengalaman kawan-kawan, bila masuk 2rd trimester nipple akan jd sgt2 sensitif.. alhamdulillah saya masih boleh bertahan lagi syukur sgt.. Iman menyusu seperti biasa tp dia asyik nak melekat je.. kdg2 mcm terpk ade ke susu ni??
  • Dah xde istilah bengkak susu
    - sangat rindu utk merasa b bengkak penuh susu huhuhu tp xde dh seme tu :( tp pernah gak mcm nak tau ade susu ke tak sbb x puas ati kan.. hehehe kdg2 ternmpk ade lelehan susu dr mulut iman.. ase seronok sgt2.. ooo.. ade susu lagi rupanya Alhamdulillah.. (mungkin agak x best ayat ni.. tp pada yg pernah n alami ape yg saya rasa.. mungkin faham.. dpt meilhat anak menyusu dan b kita membekalkan susu kepada anak.. adalah satu kebanggaan dan anugerah yang tidak ternilai :D)
  • Masuk 3rd trimester nipple mula sensitif.. tp alhamdulillah masih boleh bertahan lagi :)
  • Bersyukur sgt ke atas rahmatNYA atas rezki dan nikmat yg diberikan kepada saya.. walaupun pelbagai tohmahan dan kata2 yg tidak menyokong saya menyusu semasa hamil, saya d beri peluang utk terus membekalkan susu kepada Iman tanpa susu formula sbb Iman mmg x nak FM.. dan alhamdulillah saya dan adik Iman sihat :D
tu lah antara serba sedikit pengalaman saya.. penat, letih mmg ada.. kita berbadan dua kan.. lagi la suami saya keje shift, saya uruskan Iman dalam keadaan mcm ni.. awalnye saya rasa x kuat.. tp lama kelamaan saya redha dgn jalan hidup saya dan sangat bersyukur kerana suami byk membantu jika berkelapangan..

untuk berjaya org d sekeliling amat penting.. terutama suami,keluarga dan rakan-rakan.. :D

Cita-cita dan impian saya yang seterusnya adalah utk merasai 'tandem nursing' semoga saya dapat merelisasikan impian saya ini dengan izin Allah.. InsyaAllah.. :D

Dapat menyusukan anak sepenuhnya membuatkan saya berbangga dengan diri saya sendiri.. terlalu bersyukur.. walaupun pada dasarnya nmpk mudah.. tp jika kita kurang ilmu, tidak membuat persediaan dan tiada sokongan.. semua ini tidak akan berjaya dan yang paling penting kita berusaha dan berdoa kepada Allah utk memberi kita kekuatan dan rezki ini.. dapat meilhat anak membesar hasil dari minum susu ibunya sendiri adalah satu nikmat yang tidak ternilai.. rambutnya..kukunya.. sinaran matanye.. adalah hasil dari susu ibu.. terlalu tidak ternilai dan sukar di gambarkan indahnya..

tipulah jika saya katakan saya tidak pernah menitiskan air mata sepanjang menyusukan anak.. bengkak susu adalah kesakitan yang terlalu sakit sehingga membuatkan badan mengigil seperti kekejangan.. itu adalah antara cabaran seorang ibu.. tapi saya tidak mahu patah semangat.. baju basah kerana susu.. perkara biasa.. semua itu perlu di lalui.. curik masa utk mengepam.. tiada masa utk makan kerana perlu menjalankan tanggungjawab utk mengepam susu.. itu juga adalah tanggunjawab seorang ibu yg menyusukan anak.. tetapi tidak semua ibu mahu utk lalui semua itu.. mengusung peralatan mengempam ke sana sini jika ada kursus dan mencari surau utk mengepam serta membawa cooler bag.. remeh bukan?? tapi itu lah perngorbanan seorang ibu utk cuba memberikan yg terbaik utk anak-anaknye.. Moga Allah merahmati ibu-ibu yang sanggup bekorban dan memberi yang terbaik utk anak-anak mereka InsyaAllah :)

walau apa pon saya masih kurang ilmu dan masih perlu belajar kerana mungkin ini sedikit pengalaman dan perkongsian dari saya yang baru mempunyai seorang anak dan bakal menimang cahaya mata bulan depan InsyaALlah.. masih terlalu byk yang perlu saya pelajari..

jika rerakan yang lain ada perkongsian boleh la share sama-sama.. utk kita bertukar pendapat dan belajar dari pengalaman orang lain, kerana saya yakin masing-masing mempunyai pengalaman yang berbeza-beza..

sampai cni dlu kali ni :)

1 comment:

Anita, Mummy Adzryl said...

takde pengalaman preggy n nursing so takde cerita nak share. hihhii. tp waiting kot2 ur readers ada nak comment. nak tumpang baca stories dorang.. boley? take care dear. hari tu i jmp gynae masa wat pap smear.. dia soh i stop bf kalau nak conceive. sedey je rasa. tapi i xmo caya ckp dia.. bole gitu? huhuhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...