Wednesday, January 21, 2009

Sesuatu yang boleh dilakukan...

Assalammualaikum...
lamanye x jengah blog sndiri..
sejak stat keje dari cuti sakit smgu.. keje sgt la byk.. org awl thn semgt keje aku awl thun cuti pjg huhuhu.. dugaan...

lama dh nak crita n bg pandangan isu PALESTIN tp xde kesempatan.. bila dga berita, tgk gamba ttg kekejaman yg terjd sedey sgt.. lgi la tgk anak2 yg x berdosa mati bergelimpangan.. muka sudi.. comel.. dorg ni sgt comelkn.. kesian.. :( tp ape yg kita rakyat malaysia yg xde kuasa ni leh buat?? berdoa.. beri sumbangan.. merintih atas kesedihan.. dan yg dkrg hangat diperkatakan.. BOIKOT BARANGAN MEREKA tu yg perlu n mampu kita buat..

walaupun genjatan senjata telah dilaksanakan.. tp sgt mendukacitakan setelah hampir 1300 org meninggal dunia.. aku x leh bla de 1 ari tu aku tgk berita, org yahudi tgk letupan bom kepada pihak palestin mcm melihat sambutan bungapi.. siap amik2 gamba.. adeh.. xde hati lgsung dorg ni.. x tau spesis hidupan ape la dorg ni... sdgkn binatang yg x berakal tu pon sygkn anak2..

Apepon kita kena bersyukur dgn segala rahmat yg Allah berikan pd kita skrg d Malaysia ni.. sgt2 bersyukur..tp kdg2 aku pon alpa n leka.. sbb sndiri blom kena agaknye....

ni kata2 yg d berikan oleh Encik Megat.. dia ni suami kepda Dr. Radziah yg kamceng ngan aku tu.. aku setuju dgn kata2 dia.. meh kita share sesama ye.. utk renungan..
"Hampir saban hari kita diperlihatkan dengan kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin. Dugaan seberat itu tidak diuji kepada kita disini. Namun begitu, mesti kita syukuri akan keadaan ini dan melakukan sesuatu bagi membantu saudara kita disana.

Ingin saya anjurkan supaya selain dari mengambil bahagian didalam menolak penggunaan barangan dari syarikat gergasi yang juga turut menyalurkan sumber kewangan kepada Israel, ayuhlah kita kerah diri untuk bangun awal pagi bagi mendoakan keselamatan mereka disana dan dikurniakan kekuatan didalam mengharungi ujian yang mereka tempuhi.

Jika tidak mampu mengangkat senjata, angkatlah kain selimut dan bangunlah mengerjakan solat hajat dan tahajud memohon bantuan Allah. Doa sesama insan adalah senjata paling kuat didalam menghadapi sebarang situasi genting. Bagi kaum lelaki, kerjakanlah solat subuh secara berjemaah. Turutilah untuk mendoakan kekuatan ummah. Usah ketinggalan didalam bersama-sama berjuang. Mereka saudara kita. Yakinlah bahawa setiap doa kita akan dimakbulkan Allah. Usahakanlah dan bantulah mereka. Airmata yang tuan/puan curahkan atas dasar kecintaan terhadap sesama saudara sangat berharga. Ia adalah pembuka pintu Kerahiman dan Kerahmatan Ilahi.

Allahuakbar !"


de crita byk lagi nak share tp.. xde kesempatan nak menulis.. monitor kat umah rosak..

antara citenye.. mula masuk keje,blk mengundi d trgnu (teman hubby) dan dugaan yg sentiasa dtg utk d uji pd setiap hambaNya.. insylh de kesempatan nanti akan menjengah kat cni lagi.. :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...