Thursday, April 30, 2009

Check up kat klinik kerajaan

Hari ini mcm bese pepagi dh siap2 g keje, cuma yg lain skit, arini plan nak g bukak buku merah kat klinik kerajaan, lepas pk2 blk, buat je la... takut ape2 kn... memula mmg sgt la malas.. tp utk 1st time ni ramai gak nasihat buat je la.. at least skali check up pon x pe. So hubby lak cuti arini, ajak la dia skali teman, g opis punch card pastu trus g klinik kt seksyen 7. Semalam dh siap2 isi form mintak kua tp ptg bos e-mail kata de discussion la plak.. tp x tau pe topik, pepagi smp je aku trus nak ngadap bos mintak premission tp dia lak xde, pk nye pk, msg je la.. ckp g klinik seme2 n mintak excuse.. tp de ujg msg tu siap kata, if bos soh gak g discussion tu aku cancel la g klink tp dlm pd masa tu dh smp klinik... muahahaha ayat manis... tgu reply xde so proceed je la register kat klinik, umat dh ramai la dlm kol 8 pagi tu.. bese la gov kn.. wahhh...!! rupanye ade kaunter ibu dan anak... yela agak jakun sbb x penah g cek kat klinik kerajaan kn... sblm ni g panel je hihihi... suasana agak meriah sbb ramai gak anak2 kecik pastu kompem la ramai ibu2 ngandung... hihihi..
bila nak besa mcm ni ek perot ekekeke..

Aku g kaunter kata nak buat buku merah 1st time, nurse tu tanye tgl katne... aku lak bendol g ckp la kat bkt. subang.. skali nurse tu sound "kalo kat bkt. subang kena g klinik kg melayu subg" adeh... dh dtg cni nak g sana la plak.. malas lak aku pk.. pastu aku penah tanye member, dia kata sana byk indon.. so dlm pale aku dh pk mcm ane nak puisng ckp.. so aku jwb la "tp saya keje kat cni, ape2 sng kat cni je la" nurse lak jwb " x bleh, ape2 kena g sana gak, kat cni utk org yg tgl area cni jek.." ekleh.. kerek lak... hahahha aku ni jenis ske nak menang gak... ade la mata2 yg dh pandang la gelagat aku kn.. ramai la masa tu.. hubby dh senyum2... x pe2 dia paham wife dia ni ape2 mesti nak menang muahahah so dia bia kan.. aku x puas ati jwb lagi "saya skrg kerap tgl d umah mak saya kat seksyen 18, n jrg d rumah bkt subang, lgpon saya baru kawen.. so byk abis masa kat shah alam ni" pastu dia balas lagi "x boleh..." ek leh... "alamat ic saya seksyen 18, x kan x boleh consider..?" aku balas lak.. pastu aku pk bln dpn nak pindah kuarters tp kat bkt jelutong.. kompem dia x nak trima gak... so aku pk tetiba ckp mcm ni je la.. "ok mcm ni, bln dpn saya nak pindah ke seksyen 18" muahahhahaha akhirnya nurse tu mengalah muahahhah geram aku... kalo pk logik pon, mane la tau aku bersalin kat shah alam ni kn... bkn deliver kat seksyen 7 ni pon.. mesti x pon kat sg. buloh.. kalo dia bg alasan bidan nak lawat bb ke.. sbb dia nak area2 ctu ke x logik la kn.. lgpon kalo dlm pantang kompem aku kat seksyen 18 gak umah mak.. pastu dia soh aku tgl ic.. hubby lak dh sengih2 hahaha ampeh jek.. paham la tu perangai aku ;p

aku dh tgu dlm 45 minit x pgl2 gak.. aku dh nak abis bca mjlh ni.. (mmg dh stanby bhn bacaan tau lamenye tgu) org dh ramai.. skali nama aku kena pgl, upenye dia bg appoinment jek.. soh dtg 22 mei la plak.. sbb bln 2 awl2 dh penuh... pulak... aku pon tanye la mcm2.. sib bek bukn nurse yg kerek tu layan aku ekekeke.. so aku n hubby pon blk.. lega la gak.. sbb ase malas nak tgu.. pastu dh lapa.. so hubby hanta la aku blk sblm tu g mkn.. so, aku nye next check up d teruskn lagi la kat panel bese pada 11 mei ni.. leceh je kan gov ni hihii.. tp org kata detail dorg cek de baiknye..

maka, tgu la 22 mei lak ek kita tgk mcm ane lak prosedur jpe doc kat cni.. haaa.. lg cite best.. org kat dlm ni dh leh rasa gerakan dia.. ekekek.. comel je ase.. ni sndiri la prasan :p dh 2 ari mcm kerap gak mcm org jentik2 kat dlm prot ni hihihi.. best3 pastu my hubby mcm x puas ati.. dia tanye ,mane??? pastu siap tgu je n tgk prot ni ha... pastu x tau la btol ke tak.. de skali tu tgh la tgk tv, hubby dok tgk my prot ni.. tetiba dia ngan excited ckp " eh! de gerak2 laaa!" iyeke x tau la hihihi.. excited btol dia.. ;p mmg dia slalu over acting ngan baby dlm ni.. x saba la tu..

Wednesday, April 29, 2009

Kurma makanan terbaik ibu hamil

Assalammualaikum seme.. ni de info yg sgt2 berguna utk kwn2 yg tgh preggy mcm diriku ini... sgt excited nak share.. sblm ni tau buah kurma tu sgt baik utk ibu2 hamil, tp x tau sgt detail.. td masa kua breakfast, ternmpk la majalah RAPI bln ni.. dlu2 masa bujg rajin tiap bln bli majalah rapi, tp lepas kawen kurg dh... sbb masa bujang dlu sgt xtrem bab2 jaga kesihatan n jaga bdn hehehe.. dh kawen kurg skit, masih jaga tp byk bca mjalah keluarga lak.. skrg aktif bca Pa & Ma lak.. tp yg menarik majalah rapi bln ni dia khusus utk Kehamilan so rembat la 1..

ok sambg blk pasal Buah Kurma, ni amik yg penting je ek dr pe yg dr majalah tu, nak detail, rakan2 leh bli RAPI keluaran MEI. Antara yg nak share ialah..
  1. kandungan zat gula yang dimilki lebih mudah diserap oleh tubuh berbanding karbohidrat pada nasi
  2. Selain mudah diserap oleh tubuh dan mengenyangkan, kurma juga mampu melancarkan pembuangan air besar
  3. Kandungan lain dalam kurma adalah vitamin A,B1, B2, dan c. Ia juga turut mengandungi zat besi dlm asid amino dan mineral
  4. Kaya dengan zat besi dan kalsium sangat sesuai untuk wanita sama ada sewaktu hamil atau bersalin.

Berdasarkan wahyu Allah s.w.t. yg diturunkan kepada ibu Nabi Isa a.s. iaitu Saidatina Maryam, Maryam disuruh memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
"Dan gegarkanlah ke arahmu batang pohon tamar yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan" (surah maryam ayat 25)

Kurma juga berperanan menenangkan emosi ibu yang baru melahirkan anak dan mengelakkan daripada terjadinya gangguan meroyan.

Khasiat semasa penghujung kehamilan :
  1. Jus Kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuhkan urat rahim pada bulan terakhir kehamilan dan membantu memudahkan proses kelahiran bayi.
  2. mengurangkan masalah tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi
Khasiat membentuk susu ibu :
  • khasiat zat besi dan kalsium yang terdapat di dlm buah kurma adalah khasiat paling tinggi bagi tujuan pembentukan susu ibu.
  • Sebaik anda disahkan hamil, amalkan memakan kurma sekurang-kurangnya 3 biji dalam masa sehari.
  • bagi ibu yang kurang susu, amalkan makan kurma.
Apabila buah kurma dijadikan makanan amalan sepanjang tempoh kehamilan, ia sebenarnya akan memberikan kesan jangka panjang terhadap perkembangan bayi. Khasiat buah dipercayai sangat berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan juga sum-sum tulang


diharap info ni seme dpt di kongsi bersama reraka yg lain... :) ape2 nanti share kat cni lagi ek..

Tuesday, April 28, 2009

Memasuki Minggu ke 17

Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing. Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.

And how's mom doing? Even though the second trimester is often characterized as the most enjoyable of the three, you can count on a few ailments (see week 14 for additional tri-2 symptoms). This week, or in the coming weeks, you may be privy to the uncommon joys of “round ligament pain.” These not-so-lovely symptoms can doctors advise sleeping on your left side as lying on your back can compress your pelvic veins, decreasing blood return to the lower half of your body include bellyaches, pain in the lower abdomen and sharp shooting and/or stabbing pains, most often expressed at the end of the day. Your suffering is due to stretched ligaments and muscles that support your ever-growing uterus. This is to be expected and is perfectly normal (especially since your uterus is only getting bigger!). Some doctors advise sleeping on your left side as lying on your back can compress your pelvic veins, decreasing blood return to the lower half of your body. Lying on your left side relieves this pressure thereby allowing normal blood flow. If this doesn’t do the trick, go ahead and consult your health care practitioner, but try not to punch them when they serenely tell you it’s normal to feel stabbing pain during this time. As we all know, violence never solves anything.
pregnancy cartoon
oppss... ;p

Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18. Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.

Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.

Seterusnya kita mengikuti perkembangan minggu ke-19. Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.

Monday, April 27, 2009

TV idaman suamiku

Semalam, 26 April 2009 (Ahad) telah bertambah 1 lagi aset kami.. wpon di beli org hubbyku tp declare aset aku jugak la kn sbb dh kawen hehehe.. Dlm kol 6 lepas solat asar, kitrg gerak g jln2 kat the curve n Courts Mammoth kat Mutiara Damansara.. nak g ctu dr umah kitrg dlm 15 minit jek.. arini my hubby mc sbb mata dia sakit... merah menyala pastu berair... wpon mata berair tp dlm pale ingt nak bli tv jek.. aku riso dh kalo aku berjangkit.. moga2 x la.. sian bb dlm kandungan ni nanti.. dh la batok x berenti dh 2 mgu.. ok smbg cite, hubby ku ni dh mengidam nak bli tv lcd ni lama dh... kat umah mak aku dh de sebijik adik aku bli.. so dia ase tercabar la.. lelaki ni x leh kalo mende2 mcm ni... bab kete ke, handphone ke.. elektronik ke.. seme nak yg power2.. kita pompouan ni lain, nak mcm brg2 hiasan umah la.. bju2 la... handbg la.. tp kat ctu bru la de lebihnye.. kalo dedua minat mende yg sama xde la namanye saling memerlukan... ecehhh... so kitrg pon g ar Courts Mammoth survey... dlm pale hubby aku dr dlu nak samsung nye brand sbb mmg cantik la designn.. last2 jd nye jenama lain lepas d sekolahkn oleh abg Courts Mammoth tu... yela dorg lagi pakar kn n paham pasal tv..

abis seme tingkat kitrg naik, survey la sofa gak mmg plan nak bli tp tgu pindah kuarters bln dpn nanti penat nak angkut.. tv pon asalnye mcm tu.. tp memandangkn smlm last Courts Mammoth buat promotion so mmg wajib beli la bak kata hubby aku kalo x nanti rugi.. mmg jimat la sbb dpt jimat dlm rm400 dr rege asal.. kitrg survey pastu g mkn jap.. masa mkn dok pk la si hubby aku ni.. nak yg 32' ke 37' aku ok je sbb bkn duitku ekekkeke kejam.. nanti ckp byk kena marah lak.. tp hubby aku mcm tu la, seme nak aku decide... so aku ckp alang2 bli, bli je la besa skit.. bkn nak bli slalu pon.. tp jgn besa sgt.. umah pon sekangkang kera jek.. kang berpinar lak mata tgk tv.. so lepas maghrib dh settle seme2 urusan, masuk la blk Courts Mammoth survey lagi... aku dh terduduk dh penat ni.. so hubby la g tanye staff kt ctu.. dh compare, rupanya samsung x bape la bagus sgt kualiti dia... dr segi design mmg tip top.. lawa jek.. bygkn dr kol 6 lbh smp kol 9 lbh bru la muktamad nak bli yg mane... yela bkn sng nak bg org duit riban2 mcm tu kn huhuhu.. so dh kompem hubby pon jeling2 aku sengih.. ske la tu.. dpt dh yg d idamkan.. x pe la.. penat dia keje kn slama ni.. pastu de rezki lbh.. so x salah la.. leh aku menumpang sekaki.. tv skrg ni pon belas ihsan dr ayah.. kecik jek.. kalo aku tgk dok dpn, hubby x nmpk dr blkg.. sbb aku besa n tv tu sgt kecik hahaha... so alhamdulillah la... berat wo nak angkut.. sib bek umah kitrg trgkt bwh... tp almari tv x bli lagi letak atas lantai je la sementara, tgu pindah umah la bru bli... tgk.. bakal si comel kami, lahir2 je dh dpt tgk tv lcd.. aku dlu xde pon.. tv 14 inci jek.. dunia dh berubah hehehe.. kat bwh de gamba2 yg aku snap curik2 guna henpon hehehe..

ni tv lama kami comel je kn.. byk jasa ni.. kotak bwh tu x leh dh tampung keberatan tv baru.. so pasni kotak rotan tu leh simpan brg2 la..


ngan mata merah menyala.. hubby buat payment..


akak ni kira duit cukup ke tak.. bg byk, pulang baki seringgit jek..


abg2 Courts Mammoth tgh test tv baru kami..


dh siap pasang.. ni la tv kami..


abg Courts Mammoth tgh ajar hubby setting tv baru


tv dh masuk umah... berat mengangkat.. xde almari tv.. letak lantai je la dlu yek..

sampai sini la dlu.. nanti smbg cite lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...